Part 2 (I’m not a loner but choose to live alone)
PUTRA merupakan seorang tutor paling muda di sebuah institut swasta tempat dia bekerja. Memiliki rupa paras yang hensem tapi sayang susah didekati kerana seseorang bernama Qaira.
Di dalam kelas tutorial, bising dengan suara-suara sumbang yang sedang bergosip. Ada yang menangis dan ada juga yang menjadi tukang sorak.
“Kenapa pindah tiba-tiba?”
“Malu beb! Kena reject kut. Macam mana nak berdepan kalau sama kelas.”
“Tak matanglah! Bukan selalu pun. Seminggu paling kurang dua kali jumpa je. Mengada betul.”
“Eh, ini bukan soal mengada tau. Si Wana tu tertangkap sebab cederakan adik si Putra.”
“Pergh! Gila betul Wana. Mesti cari hal dengan budak Q tu.”
Q, satu gelaran rasmi buat Qaira yang dianggap psiko. Satu kolej kenal dengan sikapnya. Luaran nampak biasa hakikatnya orang yang terkena saja tahu.
Di tepi tingkap, Qaira menadah telinga. Hatinya bersorak sementara riak dibiasakan. Gembira kerana berjaya menyingkirkan seorang Wana dari hidup Putra. Qaira menghela nafas. Tingkap sengaja dibuka bagi membiarkan angin menyapa pipi. Dalam kolej tak ada siapa yang berani berkawan dengannya. Sejak sekolah lagi dia sudah terbiasa sendiri.
Tiba-tiba suasana sunyi. Qaira mengangkat kepala. Tutor subjek ekonomi sudah masuk rupanya. Tidak padan dengan muda tetapi menyeramkan. Kadang-kadang Qaira sendiri naik seram. Liur ditelan. Apa yang dia belajar, serius dan bergurau biar bertempat. Jangan cari pasal Qaira.
“So, saya dengar ada yang pindah kolej. Betul ke?” soal Putra seolah-olah tidak berperasaan.
Jeda.
“Erk, ya. Wana,” sahut satu suara setelah tiada yang menjawab. Mungkin risau Dr Putra ambil tindakan untuk adakan kuiz tiba-tiba.
“Oh. Baguslah. Sekarang buka tutorial 35, saya akan pilih randomly untuk kongsi jawapan. Masa diberi lima belas minit. Times is running!”
* * *
DI bawah pokok bersebelahan tasik, Qaira duduk bersila sambil mengunyah roti. Di situ dia dapat melihat segala gelagat pelajar-pelajar kolej dari lelaki hinggalah perempuan. Gedik dan mengada. Seorang mengejar dan seorang lagi biarkan diri dikejar walaupun sudah berpunya.
Qaira menghela nafas lalu lemparkan pandangan ke tasik. Tenang. Angin pula sepoi-sepoi bahasa menyapa kulit. Tiba-tiba ada satu objek keras mengena tubuhnya hingga terpelanting roti dari tangannya.
Qaira mendongak.
Beberapa orang pelajar perempuan sedang memandangnya dengan sinis. Memandangkan tempat yang dia melepak agak tersorok, Qaira jadi gelabah tetapi cuba untuk bertenang.
“Korang nak apa?”
Sekumpulan pelajar tadi ketawa sinis.
“Kau buat-buat tak tahu atau memang tak tahu?”
Dahi Qaira mula berlapis. Tidak faham.
“Hey! Sebab kaulah Wana terpaksa tukar kolej. Encik Putra reject dia sebab kau! Kau buat apa sampai Dr Putra percaya gila dekat kau?”
“Oh. Koranglah yang terkinja-kinja dulu tu?” Tiba-tiba Qaira ketawa kecil. “Memang patut pun dia berambus dari sini.”
Sekali lagi bola dilantun bertalu-talu mengena tubuh Qaira. Qaira cuba menepis bola tersebut tetapi gagal. Dia diserang setiap penjuru.
“Korang akan menyesal!”
“Apa lagi yang kau boleh buat sekarang??? Rasakan!” Sejurus dengan itu satu bola mengena pangkal hidung hingga gadis itu terjelopok ke tanah.
Darah yang mengalir keluar dari hidung dikesat laju. Qaira ketawa kecil. Dia yakin dia akan menang dengan situasi sekarang ini. Dari jauh matanya menangkap susuk yang amat dekat dengannya bersama seseorang. Mereka sedang berlari-lari anak ke arah sini.
“Waktu macam ni pun kau nak gelak lagi?? Memang betul-betul psiko!” Jija sengih senget.
“Apa salah aku? Aku tak tahu kenapa Wana tiba-tiba nak tukar kolej. Tolong jangan cederakan aku…” lirih Qaira dengan ketakutan jelas terpamer di wajahnya.
Masing-masing tercengang dan ada juga yang meremang. Sikap Qaira berubah serta-merta.
“Berhenti!! Apa yang kamu semua cuba lakukan dekat Qaira?”
“Erk, Prof Kamil… Encik Putra. Kami… kami cuma…” tergagap-gagap Jija cuba memberi penjelasan. Segalanya sudah terpampang di depan mata.
“Kamu berempat jumpa saya di pejabat, sekarang!” tegas Profesor Kamil. Sementara Putra tunduk mendapatkan Qaira yang cedera. Terkial-kial Qaira cuba mengikut rentak Putra. Lelaki itu langsung tidak senyum. Qaira gigit bibir.
“Tapi…”
“I said now! Putra, kamu tolong bawa budak perempuan tu ke pusat rawatan.”
Putra angguk.
Sebaik saja Profesor Kamil dan empat pelajar itu berlalu, Qaira segera menepis lembut tangan Putra.
“Kenapa tak elak?”
“Tak sempat.”
Putra melepaskan nafas berat. Sapu tangan dikeluarkan lalu mengesat darah yang hampir kering dari hidung Qaira.
“Kenapa duduk sorang-sorang kat sini?” soal Putra senada.
“Saja. Lebih tenang.”
“Tak. Supaya lebih senang orang nak buli. Tolong jangan risaukan abang lagi. Cari kawan,” kata Putra. Matanya menikam mata Qaira seakan memberi makna bahawa dia betul-betul maksudkannya.
“Kalau macam tu tak perlu risaukan Ira lagi. Ira boleh uruskan diri sendiri.”
Sejurus itu Qaira mengatur langkah dan berlalu pergi.
No comments:
Post a Comment