5
T
|
ERBAHAK-bahak Afiq Farhan ketawa setelah mendengar cerita Faheem. Hatinya
berasa geli. Dia tidak pernah tahu bahawa Zafira boleh mengamuk disebabkan hal
yang remeh. Air matanya yang terkeluar akibat gelak yang melampau itu dilap.
Berkerut kening Faheem. Kelakar
sangatkah ceritanya tadi? Kepala digaru. Perbuatan Afiq memang susah untuk
dijangka. Afiq yang sejak tadi ketawa tiba-tiba senyap. Hatinya mula risau.
Takkanlah Afiq sakit mental? Bahu Afiq dicuit.
“Weh, kenapa kau tiba-tiba senyap.
Tadi bukan main ketawa. Masalah jiwa ke apa kau ni?”
Tersedak Afiq dibuatnya. Capucino
yang diminumnya sedikit tersembur dilap segera. “Kurang ajar betul ayat kau.
Tak adalah tiba-tiba aku berasa kasihan pula dekat Zafira tu. Mesti dia hadap
gila dekat cempedak goreng ni.” Cempedak di tangannya ditilik lalu disuap.
Kasihan tapi selera makannya tinggi.
Faheem senyum sinis.
“Kasihan kat dia tapi makan cempedak
tak ingat dunia.”
“Haha. Mestilah! Baik aku makan
cepat-cepat nanti ada geng ragbi tu hentam memang sadis lah perut aku nak makan
cempedak. Anggaplah aku tolong makan untuk si Zafira tu,” jelas Afiq
bersungguh. Sebaik saja Afiq menyuap cempedak terakhir pintu rumahnya ditolak
daripada luar.
Melihatkan pipi Afiq yang membuncit
menyimpan makanan itu membuatkan rakan serumah mereka menyerang. Bukanlah
belasah dan bersilat.
“Hoi, kenapakah pipi kau tiba-tiba
membengkak?” seloroh Fauzan dengan ayat skemanya.
“Oh, aku kena hentam dengan cempedak
goreng. Sedap weh!”
Terbuntang mata Fauzan dan Fariz. “What?
Kurang asam kau makan tak ajak kita orang. Nilah kawan. Waktu dia makan, makan
sorang-sorang waktu kita orang makan. Kita orang pun akan makan sorang-sorang.
Haha!”
Bahu Fauzan dihempuk.
“Apa yang kau melalut ni, kawan? Nah,
makan pisang goreng ni. Hish, banyak pula bunyi.”
Faheem Hidayat ketawa. Kelakar
melihat Fauzan yang keanak-anakan itu. Sering saja memberi hujah yang melalut.
Fauzan sengih. Pisang goreng yang masih berada di dalam plastik itu dicapai.
“Oh ya, Faheem. Macam mana dengan
program tahunan kita, masih berjalan tak?”
“Mestilah! Program wajib kut… tapi
aku ingat lah kali ni kita buat kelainan sikit.”
“Kelainan yang macam mana?” soal
Afiq.
Fariz yang sedang mengunyah turut
mengangguk tanda setuju dengan soalan Afiq. “Macam ni, aku ingat nak buat
pertandingan kayak. Okey, tak?”
“Tapi… rata-rata daripada dia orang
tak pandai berkayak. Nanti tak pasal-pasal ada yang tak bergerak kayak tu,”
seloroh Fauzan.
“Kita bukannya buat pertandingan
mengejut. Begini, aku ada terfikir kita akan adakan latihan dua kali seminggu
hinggalah hari pertandingan tu. Dalam masa tu kita boleh buat pemilihan siapa
yang layak, Amacam?”
Angguk.
“Aku setuju! Kalau kita terus buat
pertandingan pasti ada yang terkejut dan main terjah aje nak joint. Bolehlah.
Nanti aku siapkan notis dan kita suruh ajk setiap fakulti tampal setiap
bangunan fakulti.” Afiq menaikkan keningnya pada Faheem.
“Setuju! Wah, tak sabar aku nak cuci
mata.” Masing-masing berkerut. “Apa kena mengena dengan cuci mata?” tanya Afiq.
“Yelah, aku agak pasti ramai junior
perempuan nanti,” jawab Fariz sambil tersengih.
“Apa pasal?”
Fariz mengeluh. Geram pula bercakap
dengan Faheem. “Kau kan hero kampus! Haa, pasti ramai nak masuk sebab abang
ketua kita ni!” Faheem ketawa kecil.
Kepala Fariz ditolak. Melihatkan
Fariz yang sudah tersembam di tepi kerusi mereka terus meledakkan tawa.
“Kau saja kan nak cari pasal dengan
aku. Abang ketua konon.” Badannya dibaringkan di atas kerusi panjang. Tangan
diletakkan di atas dahi dan mata dipejam. Malas hendak melayan mereka bertiga.
Senyumnya diukir dalam hati. Mindanya tiba-tiba teringat adegan cempedak
goreng. Kasihan pun ada.
DALAM bilik Zafira melampiaskan perasaan geramnya pada bantal gebu
miliknya. Geram tak sudah dengan peragai Faheem Hidayat. Mak Ros pun sama saja.
Mentang-mentanglah Faheem itu pelanggan setia, suka hatinya saja buat-buat lupa
akan pesanan dia. Zafira merengus.
Pisang goreng dikunyah rakus. Geram
punya pasal. Suhana yang berkongsi bilik dengannya turut terkejut.
“Kenapa dengan kau ni Fira?
Masuk-masuk je mengamuk.”
Wajah Suhana dijeling. “Nak?” hulur
Zafira membuatkan Suhana tersengih lalu menyambut. Namun sengihannya tiba-tiba
mati.
“Weh, aku tanya kenapa tapi yang kau
hulur aku pisang goreng ni pehal?”
Zafira membuat muka malas. “Tak
adalah. Kenapa yang engkau tanya tu ada kaitan dengan pisang goreng nil ah.”
“Maksud kau?”
“Tadi masa aku pesan pisang goreng
tiba-tiba je si Faheem tu datang. Kau tahu apa jadi?”
Geleng.
“Mak cik pisang goreng tu buat tak
endah dengan aku. Kemudian mak cik tu pergi layan Faheem Hidayat si ketua tu.
Mana aku tak bengang. Sudahlah cempedak goreng tu ada sedang-sedang aje tapi
mak cik tu bagi dekat Faheem. Aku sedihlah Suha. Aku dah lama tak makan
cempedak goreng.” Suhana menunjukkan muka simpati.
“Kenapa mak cik tu tiba-tiba bagi
dekat abang Faheem?”
Zafira menjeling. Abang Faheem
konon!
“Sebab mak cik tu kenal Faheem.
Katanya pelanggan tetap. Tapi, tetap tak adil bagi aku!”
Belakang Zafira diusap perlahan bagi
menenangkan gadis itu. Jelas sekali gadis itu terkilan namun Suhana tidak mampu
berbuat apa-apa. “Nah, makan ni.” Giliran Suhana pula menyuakan pisang goreng.
Hampir saja Zafira tergelak. Suhana memang pandai ambil hatinya.
“Makanlah. Kan tak pasal-pasal
pisang goreng pulak yang habis disebabkan aku. Kalau tak nak aku habiskan,”
ugut Suhana.
“Naklah! Kau ni… jomlah makan sama.
Eh, Wanie dengan Ika pergi mana? Aku tak nampak pun dia orang sejak tengah hari
tadi.”
Suhana menjongket bahu. “Entahlah.
Tadi aku dengar macam dia orang nak pergi perjumpaan. Maklumlah, sejak
orientasi tempoh hari lagi fasi dah berminat dengan dia orang berdua.”
“Perjumpaan apa?”
“Kelab outdoor,” jawab Suhana
pendek.
“Outdoor? Bestnya dia
orang.”
Suhana menyinis, “best? Buang tebiat
ke? Kalau akulah, tak akan sesekali sertai kelab macam tu. Lainlah kalau kelab
badminton.”
Kini giliran Zafira pula menyinis.
“Badminton je kau. Eh, kalau kau
betul-betul minat badminton aku cabar kau masuk kelab tu dan cuba mewakili
kampus. Amacam, okey?”
“Okey, aku akan pastikan!” Suhana
mendebik dada kemudian menyambung, “… dan aku nak kau buktikan yang kau boleh
masuk kelab outdoor yang kononnya kelab kegemaran kau. Boleh? Lagipun
aku ada dengar daripada fasi Fiya, bukan senang nak masuk. Dia orang pilih
orang yang betul-betul berminat aje.” Tercengang Zafira mendengar penjelasan
Suhana. Melampaunya. Bagaimana dengan mereka yang sertai kelab untuk mengumpul
mata? Hish! Tak patut. Suhana disebelah dikerling. Nafas dihela panjang lantas
menguntum senyum.
“Aku terima cabaran kau!”
Tangan mereka bertaut tanda setuju.
NOTIS yang diedarkan di kawasan fakulti diambil dengan malas. Macam iklan
promosi pula Zafira melihat orang yang yang mengedar kertas tersebut. Rata-rata
daripadanya adalah senior. Tangannya masih lagi memegang kertas yang bersaiz A5
itu tidak dipandang hinggalah matanya terpandang satu notis yang tertampal elok
pada papan notis fakulti. Matanya membulat dan mulutnya sudah terlopong. Kemudian
matanya terus menilik kertas yang disangkakan iklan itu. Perlahan-lahan
bibirnya mengukir senyum.
‘Pertandingan
Kayak anjuran Kelab Rekreasi yang julung kali diadakan. Anda berminat? Sila
daftarkan diri anda di bilik kelab kami. Hanya mereka yang benar-benar berminat
saja bakal dipilih. Ayuh! Daftarlah segera.’
Kertas di tangan digenggam kemas.
Tidak sabar rasanya untuk memberitahu Suhana. Gadis itu terlalu mencabar
dirinya. Tanpa sedar kakinya sudah melangkah keluar dari bangunan fakultinya.
Dirinya tekad untuk menyertai kelab Rekreasi.
“Fira…!”
Zafira mengeluh. Suara yang
memanggil itu benar-benar membuatkan moodnya jatuh. Sudahlah dalam kelas
banyak cakap. Merapu pula tu. alih-alih jumpa lagi. Pijoe melambai-lambai ke
arah Zafira diikuti Sofea.
“Aduh, semput aku. Kau nak pergi
mana, Fira?” soal Pijoe.
Kertas yang masih setia ditangan
ditunjukkan pada Pijoe dan secara automatik Pijoe memetik jari berkali-kali.
“Kau nak daftar?”
“Ha’ah. Kenapa, ada masalah ke?”
Sofea tersengih-sengih dengan soalan Zafira.
“Tak ada masalah sebab…” Pijoe
memandang Sofea kemudian mereka berdua serentak menyambung, “… kita orang pun
nak pergi daftar!” jerit mereka teruja.
“Sungguh?”
Anggukan Pijoe dan Sofea membuatkan
sengih Zafira melebar. Sekurang-kurangnya dia tidak sendiri. Memanglah dia
menyampah dengan Pijoe tapi kadang-kadang dia senang kerana lelaki itu pandai
menyesuaikan keadaan.
“Aku macam tak percaya je yang Peah
pun nak join.”
“Sampai hati kau cakap aku macam tu
Fira.. kau pun sama dengan Pijoe. Aku masuk sebab aku suka.”
“Bukan sebab kau suka dekat Pijoe?”
tuduh Zafira sambil tersenyum simpul. Hampir saja Pijoe tersedak air liurnya
sendiri. Sofea suka aku? Tubuh Sofea dipandang dari atas hingga ke bawah.
Meremang bulu romanya seketika.
Merona merah muka Sofea. Malu.
“Hish! Apa pulak kau ni. Takkanlah aku suka kat Pijoe dan tak mungkinlah Pijoe
suka dekat aku. Merepek!” nafi Sofea. Pijoe angguk laju. Sofea mengeluh dalam
diam. Dia sedar pandangan Pijoe yang sedikit seram akan dirinya. Apa kurangnya
aku?
Terbahak-bahak Zafira ketawa.
“Aku gurau ajelah. Janganlah ambil
serius.”
“Kau jangan nak bergurau Fira. Naik
seram aku dibuatnya,” seloroh Pijoe lantas turut ketawa. Sofea memaksa dirinya
ketawa. Kelakar sangat ke?
“HAI kau orang!” tegur Fiya mesra.
“Hai Kak Fiya!” balas Fira, Pijoe
dan Sofea serentak.
“Eh, kau orang nak daftar masuk
kelab ni ke?” tanya Fiya terkebil-kebil memandang junior bertiga.
“Err… kenapa kak. Kita orang tak
layak ke?”
Fiya senyum dengan pertanyaan Sofea.
Kepalanya digeleng. “Tak adalah. Macam tak percaya. Lagipun layak ataupun tidak
bukan dinilai melalui fizikal. Malam nanti kita akan adakan taklimat di dewan
Citra. Haa, nanti kamu tahulah macam mana cara penilaian kami,” terang Fiya.
Masing-masing sudah terlopong.
Sedikit seram.
“Biar betul? Takutlah…”
“Tadi kau cakap suka. Sekarang takut
pulak. Aku hempuk juga si Peah ni,” ketawa Zafira pecah. Jika diikutkan dia
juga takut. Takut kalau tak diterima.
“Oh ya, kalau berminat bolehlah
daftar nama kau orang dulu. Jangan risau. Sebelum kita orang buat ujian kami
akan lakukan latihan untuk kamu semua. Jadi, janganlah risau,” jelas Fiya.
Angguk. Tanpa menanti lebih lama
Pijoe terus menyambar pen yang disediakan dan terus mengisi nama. Tak ada
istilah takut. Jika tak dapat sekalipun sekurang-kurangnya mencuba. Dapatlah
juga pengalaman.
Melihat Pijoe yang sudah terlebih
dahulu mendaftar membuatkan Zafira terkedu. Lelaki itu langsung tidak ada
masalah. Tapi, kenapa tidak mencuba. Lagipun dia sudah menyahut cabaran Suhana
jadi dia perlu berani. Ya, berani.
Sofea terlopong.
“Kau orang betul-betul ke?”
Pijoe dan Zafira berpandangan
kemudian senyum. “Betul-betullah ni Peah. Kalau kau takut lebih baik jangan
masuk. Aku tak paksa,” balas Pijoe. Sofea telan liur. Kalau dia masuk nanti
boleh rapat-rapat dengan Pijoe. Dia menyengih.
“Okeylah. Aku nak masuk.”
“Bagus. Macam nilah junior akak.
Nah, isi nama.”
Laju saja tangannya menulis. Zafira
senyum sendiri kemudian geleng. Dia mengerti apa yang tersirat dalam hati
Sofea. Haish, orang tanya tak nak mengaku.
“Dah!”
“Hmm… good. Jangan risau
sangat. Take it easy,okay? Jangan lupa malam nanti pukul 8.30 dekat
Dewan Citra dan jangan lambat. If not, you guys bakal kena macam sesi
orientasi hari tu.” Fiya mengugut. Keningnya diangkat berkali-kali.
‘Kalau bakal terima denda macam
orientasi tempoh hari pasti pengerusi tu… oh, no! Faheem Hidayat?!’ Zafira
menelan liur berkali-kali hingga kering. Badannya mula seram sejuk.
No comments:
Post a Comment