Noah.
Nama dia Noah. Aku pernah terdengar rakannya memanggil dia dengan panggilan itu. Laju tangan aku melakar nama itu di dalam buku lakaran bersaiz A5. Sudah hampir enam bulan aku buat kerja gila dengan mengintai gelagat dia di stesen ini sehingga kami sama-sama menghilang ke dalam perut komuter.
Setelah berbulan-bulan aku menahan perasaan, hari ini aku beranikan diri. Aku mendekati Noah yang bersendiri berdiri di situ. Hari ini dia tidak berteman.
Dia nampak terkejut namun cepat-cepat mengukir senyum. Aku membalas.
"Awak selalu naik komuter ni kan?"
Dia... dia perasan?
Malu-malu aku mengangguk. Sempat aku curi tengok wajahnya yang tersenyum manis.
"Siapa nama? Kerja atau masih belajar?"
"Aisha. Nama saya Aisha. Baru je kerja, enam bulan."
"I see... Aisha, sudi tak awak jadi girlfriend saya?" kata Noah menyentakkan aku.
Girlfriend? Aku terkedip-kedip memandang Noah. Dia ketawa kecil.
"Saya selalu nampak awak di hujung sana tapi tak berani nak tegur. Berbulan juga saya perhati, wajah awak kemerah-merahan sebaik sahaja mata kita bertembung. Sejak hari tu saya biarkan saja awak pandang saya."
Aku jadi termalu sendiri. Rupa-rupanya perbuatan aku selama ini sudah tertangkap cuma baru terdedah.
"Saya...saya suka awak, Noah!" kataku.
Dia terdiam seketika sebelum ketawa.
"Saya pun sama, Aisha."
* * *
Hari ini, 'lipan bergerak' agak sunyi. Aku juga sudah lama tidak melihat si dia di sini. Aku ketawa sendiri. Dengan usia aku sekarang agak tidak sesuai untuk membuat perangai seperti stalker. Aku senyum dan bersandar pada kerusi. Sebuah novel negara seberang aku keluarkan dan menyambung bacaan yang tertangguh. Mungkin sedikit sebanyak hasil pengkarya ini menghasut kehidupan aku. Karya ini terlalu puitis dan romantis. Kadang-kala bisa membuatkan aku terbuai.
Buku yang aku baca mula basah. Gerimis halus menimpa tanpa sedar. Sudah! Cepat-cepat aku kesat air mata yang menitis. Aku tak dapat tumpukan perhatian aku pada bahan bacaan. Fikiran aku menerawang terhadap si dia. Kali terakhir kami berjumpa ketika dia mengajak aku jadi kekasih dia. Luahan itu kali pertama dan terakhir aku dengar. Belum sempat aku mendapatkan nombor telefonnya.
Dia..
Dia sudah berjanji mahu berjumpa lagi di sini. Tak sangka aku terlalu lurus sehingga mudah tertipu.
Mungkin tiba masanya aku lupakan dia.
Ya, lupakan dia Aisha!
Keluar dari stesen, aku berjalan keluar menuju ke barisan kedai dan kedai menjadi tujuan aku. Aku sukakan sesuatu yang manis ketika pahit menghuni perasaan. Tambahan pula aku baru sahaja diberhentikan kerja, jadi tak ada sebab lagi untuk aku naik kenderaan awam itu untuk berulang-alik.
Aku mendongak cuba membaca papan nama kedai.
'Rossa The Baker'
Nama kedai yang cantik! Pasti pemiliknya juga cantik dan berseni. Aku semakin tidak sabar. Iklan kerja kosong sebagai pembantu kedai menambah minat aku.
"Linda, tolong stay sini sebelum balik. I ada benda nak bincang dengan you."
Aku menoleh ke arah wanita itu. Cantik! Gayanya ala-ala wanita Perancis. Sanggulan rambutnya bersama bentuk muka yang lembut. Aku terpukau seketika.
"Yes? How can I help you, miss?" tegur wanita ala Perancis itu.
Aku jadi termalu sendiri. Selalu saja kantoikan diri sendiri. Jari aku halakan pada pintu kedai.
"Err, my name is Aisha. Can I apply any job vacancy here?" soalku. Tiada niat nak cari kerja pun sebenarnya tapi kedai ini terlalu menarik seolah-olah memberi harapan baru untuk aku.
"Aisha?"
"Yes, Aisha. But I'm not too familiar here. This is my first time seeing this bakery and I... I think it's awesome!"
Mata wanita Perancis itu bercahaya. Kedua-dua tanganku digenggam kemas.
"Absolutely yes, Aisha. You're hired!"
"Cepatnya," gumamku.
"Nama you buat I tertarik. Jadi, bila you boleh mula bekerja?"
Sekali lagi aku tergamam. Ternyata wanita ini boleh berbahasa Malaysia.
"Saya sangka awak tak boleh berbahasa."
Wanita itu ketawa. Cantik dan elegan. Dalam masa yang sama wanita itu sangat comel.
"Boleh je. Dah lebih 13 tahun saya tinggal di Malaysia, melampaulah kalau tak pandai lagi."
Aku angguk lalu koyak sengih.
"By the way, my name is Rossa and I owned this bakery. I extremely happy if you can start today! Can you?"
Jeda.
"Boleh. Lagipun saya memang tak ada buat apa-apa sekarang ini."
"Great! Let me show you this bakery. Saya pasti awak akan sangat sukakannya."
Aku angguk-angguk saja dari tadi. Memang sejak tadi aku teruja ingin tahu. Sekurang-kurangnya ini saja jalan untuk aku lupakan kisah cinta aku yang hadir sekadar sementara. Ini saja tempat yang aku tak perlu naiki atau lalui stesen itu lagi.
Tolong...
Tolong beri aku peluang untuk lupakan kisah sedih ini. Padamkan rasa ini dan janganlah hanyutkan aku dengan memori tentang dia.
* * *
Sedar tak sedar sudah dua minggu aku bekerja di sini. Aku sedar dengan kelayakan aku, bekerja di sini sudah cukup elok. Tambahan pula suasananya sangat tenteram. Rakan sekerja yang menceriakan begitu juga dengan Rossa. Wanita itu suka bercerita. Kadang-kadang hal air tumpah pun dia cerita. Aku pula mudah terhibur.
Namun, setiap kali ada masa terluang aku jadi teringatkan dia.
Noah...
Kenapa aku rasakan akan ada harapan baru untuk aku dengan dia? Boleh jadi aku kena pergi stesen itu.
Aku termenung di bahagian kaunter. Mataku ralik perhatikan gelagat pelanggan tetapi minda jauh menerawang.
Kling! Kling!
Bunyi loceng kedai mematikan lamunanku dan segera aku toleh ke arah pelanggan yang baru masuk. Seorang lelaki mungkin dalam ketinggian 175cm. Rambutnya hitam dan sedikit keperangan itu nampak bersinar disimbah cahaya mentari petang. Susuk itu kembali mengingatkan aku pada dia.
Aku ketap bibir sebelum berlalu ke belakang. Mujurlah ada Rossa yang peramah sudi melayan.
"Helo, Noah! Apa mimpi you datang sini?"
Noah?
Aku menggeleng. Mana mungkin itu Noah yang aku kenal.
"Sorry Rossa sebab dah lama tak datang. Lately I busy layan client Madam Lucy. Asyik tukar design saja."
Tapi suara itu...
"Haha, macamlah you tak kenal mama I. Everything must be perfect!"
"Like mother like daughter, huh?" balas lelaki itu.
"Hey, mengata I! By the way, Rossa's signature?"
"Yes, please."
Tak tahan dengan suara itu aku segera menjenguk keluar. Segera aku tekup mulut dengan tangan. Wajah itu...
"Noah," kataku.
Dia memandang aku tanpa perasaan. Mata kami berpaut buat seketika. Anak matanya berwarna hazel. Sungguh aku rindu akan pandangan itu. Aku rindukan Noah.
* * *
"Rossa, you tak cakap pun ada ambil pekerja baru. Macam mana dia tahu nama I? You mengata I kat staf you ke?"
Pandangan Noah terhadap aku agak dingin.
Rossa nampak gelisah dengan soalan Noah. Tapi, betul ke dia Noah yang aku kenal? Tapi kenapa dia tak kenal aku? Nama aku...
"Erm, Noah. This is Aisha, my new worker. She's working here almost two weeks."
Lelaki itu nampak terkejut. Kenapa? Baru kenal siapa Aisha? Ingatan sudah pulih? Entah kenapa aku rasa seperti dipermainkan. Apa maksud luahan dalam train tempoh hari?
"Aisha..." sebutnya lalu tertawa kecil.
"I tak faham kenapa dia selalu gunakan nama I."
"Noah... kenapa cakap macam tu? Dia..."
"Aisha. Sebab nama dia Aisha, kan? That's why you ambil dia bekerja."
Aku tak faham apa yang berlaku sekarang ini. Kenapa Noah nampak begitu bencikan aku? Dia nampak dingin. Noah bangun mendekati aku. Pinggang aku dipaut merapatinya dan merampas telefon yang berada di tangan aku. Aku tak tahu Noah mendail nombor siapa sebelum mematikan panggilan.
"Be my girlfriend."
"Tak nak," balasku tanpa fikir kerana aku yakin benar itu bukan Noah yang aku jumpa dulu.
"Noah, stop it!" halang Rossa tetapi makin erat pula pautan pada pinggang aku.
Aku toleh ke sisi. Pasti merah muka aku sekarang ini. Siapa yang tak segan diperlakukan begitu. Mujurlah agak jauh dari pandangan pelanggan kedai. Noah dah melampau!
"I won't let you go until you say... yes."
Dia masih memaksa dan aku...
"Okay, yes! Let go off me."
Sempat lagi dia mencuit hidung aku sebelum melepaskan pautan.
"Good girl. Saya akan call malam ni dan pastikan angkat. If not... hmm, you better get ready."
Tanpa menunggu, aku terus larikan diri ke belakang. Noah yang ini jauh berbeza dengan Noah yang aku kenal. Wajah sama tapi sikap berbeza.
* * *
Telefon berdering berkali-kali ketika aku berada di dalam bilik air. Buru-buru aku menjawab panggilan dari nombor yang tak dikenali. Kalau dah banyak kali macam ni pasti penting!
"Helo?"
"Kenapa lambat angkat call? Kau pergi mana?"
Aku jarakkan sedikit telefon dari telinga. Aku tarik muka. Mujur bukan video call. Kalau tak kantoilah aku.
"Mandi."
"Hmm, tak elok mandi lewat malam," balasnya lebih perlahan berbanding tadi.
"Kenapa call?"
"Saja. Mulai hari ini saya akan call setiap malam. Now, tell me about you."
Dah serupa kena interview pula. Aku hela nafas dan bersedia untuk berguling di atas katil. Walaupun aku rasakan Noah bukan lelaki di dalam train, apa salahnya kalau aku beri dia peluang kedua.
"So, you Aisha yang selalu curi-curi tengok aku dalam train? Menarik. Macam manalah aku boleh confess dekat kau dulu. Haish, macam tak ada taste je," gumamnya namun aku tetap boleh dengar.
Kalau depan mata aku dah tampar Noah. Mulut bisa!
"Sebab itu saya kata, awak bukan Noah. You're totally different with him."
"Lupakan dia yang dalam train. Kau anggap saja aku mengalami amnesia dan terlupa pasal kau. Lagipun dalam hidup aku banyak lagi perkara untuk aku ingat," balasnya mencucuk hati.
Aku ketap bibir. Sumpah! Aku geram betul dengan lelaki ini. Perbualan kami berlarutan sehingga ke pagi.
* * *
Aku tersentak dari tidur apabila dengar pintu yang berkatup kuat. Ribut. Cepat-cepat aku kunci pintu belakang kedai. Aku terlelap di tepi loker. Akhir-akhir aku tidak cukup. Boleh dikatakan hampir setiap malam aku dating dengan Noah dalam telefon dan melarat hingga ke pagi. Bila aku malas, Noah akan tetap paksa aku bercerita walaupun cerita aku mengarut dia tetap setia mendengar. Kadang-kadang rungutan aku tentang pelanggan.
Tapi, selama aku bercinta dengannya dia sudah jarang datang ke Rossa The Bakery. Boleh dikatakan langsung tidak datang. Sudah enam bulan berlalu. Aku dan Noah masih juga sama.
Dunia seakan berpusing seketika. Cepat-cepat aku berpaut pada kerusi.
"Aisha, you okey?"
Aku mengangguk.
"Okey, cuma pening sikit. Tak cukup tidur kut."
Riak Rossa jelas menggambarkan dia risaukan aku. Alahai, comel pula bos Perancis aku ni.
"Kalau tak larat you pergi je berehat ya? Kerja-kerja lain I akan tolong cover untuk you."
Kling! Kling!
Laju aku menoleh tetapi hampa. Fikirku, pasti Noah.
Wajah Rossa ceria saja menyambut kehadiran pelanggan. Mungkin bukan pelanggan sebab Rossa membawa lelaki itu di ruangan agak tersembunyi dan selalunya untuk perbincangan.
"Aisha!" panggil Rossa.
Cepat-cepat aku dapatkan wanita itu.
"Ada apa Cik Rossa?"
"Ambilkan fail warna hijau atas meja dalam pejabat saya, boleh?"
AKu angguk dan segera berlalu. Sebaik sahaja aku masuk ke pejabat Rossa, kaki aku terus terpaku.
Ini...ini pejabat atau tempat pembuangan? Kertas yang bergelimpangan atas lantai aku kuis dengan hujung kasut dan cuba memijak lantai yang kosong. Mujurlah fail hijau yang dimaksudkan betul-betul atas meja.
Namun, ada yang lebih memeranjatkan aku.
Foto tiga orang di dalam satu bingkai gambar membuatkan lutut aku menggigil kuat. Aku mendekati gambar itu dan perhati lama.
Apa maksud semua ini? Siapa Noah? Kenapa ada dua orang berwajah serupa. Tak... tak mungkin.
"Aisha?"
Aku menoleh. Dia memandang gambar yang berada dalam tangan aku. Sungguh aku rasa sangat tertipu.
"Aku boleh explain. Mari kita duduk dan bincang."
Pantas aku geleng.
"Tak perlu. Saya dah faham sekarang kenapa. Tak sangka saya bodoh. Bodoh terlalu cepat terpedaya!"
"Aisha!"
Aku malas menoleh. Kenapa baru hari ini muncul depan aku dan cuba terangkan yang aku salah faham? Ini semua mengarut. Aku berlari ke arah pintu belakang.
Berkunci.
"Aisha, dengar dulu penjelasan kami. Kita duduk kat luar ya?" pujuk Noah.
Aku menggeleng. Kepala aku cukup pening sekarang ini. Jangan biarkan tubuh aku tewas di sini.
"Aisha? Kau okey tak ni?"
Itu kata-kata terakhir aku dengar sebelum terjelopok lemah tidak sedarkan.
* * *
"Macam mana, Noah? Getting better?"
Itu, suara Rossa.
"Yep! Tapi orang lain pula yang merana. I felt sorry for her."
"Terus-teranglah, Noah. I tahu you sukakan dia, kan? Kenapa perlu tipu perasaan sendiri? Jangan cakap disebabkan Luth you buat macam. He's gone, Noah."
Jeda. Derap kasut tumit tinggi perlahan-lahan menghilang menandakan Rossa sudah keluar. Mataku buka dan memandang Noah yang seakan terseksa. Kenapa dia perlu terseksa? Sepatutnya aku yang rasa seperti itu.
Terseksakah jiwa mempermainkan perasaan orang lain?
"Siapa awak Noah?" bicaraku.
"Aisha! Kau okey?"
Aku menghalang tangannya dari menyentuh wajah.
"I'm asking you."
Perbuatan Noah terhenti. Bibirnya menguntum senyum bersama pandangan yang redup. Pandangan ini... pandangan pertama kali aku mendengar nama Noah disebut di dalam komuter dulu.
"He's my twin, Luth. He used my name just to get close to you."
"Dalam train tu..."
"Luth. Aku cuma pernah sekali bertembung dengan kau dan tak sangka aku masih ingat muka ni. Muka kecil macam budak-budak. Ingatkan student rupa-rupanya dah layak jadi mak budak," kata Noah dalam masa yang sama sempat mengusik aku.
Aku tersipu. Geram bercampur malu.
"Jadi, first confession from... Luth?"
"Ya, dia yang luahkan dulu. Dia tahu, kau kenal Noah melalui lakaran kau pernah buat. Aku tak pernah tahu tentang itu. Dia...cuba jadi orang tengah antara aku dan kau. Yes, I admit that I love you at the first sight! It's sound silly but true. Macam mana eh nak cakap tapi aku rasa kalah sedangkan dia pun punya rasa yang sama dengan aku."
Wajah Noah kemerah-merahan. Sinaran matahari yang terpancar melalui tingkap membuatkan rambutnya bersinar hitam keperangan. Mata hazelnya malu-malu membalas renungan aku.
Aku tertawa kecil.
"Where is he?"
"Luth?"
"Ya, dia."
"Luth, meninggal kerana lemah jantung. Dia tahu dia tak mampu bertahan sebab itu... dia tolong aku."
Mata aku mula berkaca. Patutlah, berbulan aku tunggu dia tapi hampa. Sebab itu aku rasakan Rossa The Baker seakan-akan memberi peluang baru untuk aku dan ya! Peluang untuk bertemu dengan Noah yang sebenar.
"Saya tak tahu... Noah. Awak pun sakit ke?" tanyaku. Aku tak mahu kehilangan Noah. Cukuplah derita akan penantian tidak berbalas.
Anggukan Noah membuat aku terkedu.
"Aku, ada insomnia. Sukar tidur malam. Dah banyak cara aku buat hinggalah kau hadir. Tak ada niat pun nak kenakan kau tapi itu saja jalan terakhir aku tapi tak sangka pula bagi kesan pada kau. Kesian, Aisha. Tak cukup tidur gara-gara Noah."
"Maksud awak... perbualan kita setiap malam tu..."
"Sebab aku tak boleh lelap. Tapi anehnya, bila Noah dapat dengar suara Aisha penyakit perlahan-lahan pergi. Kelunakan suara Aisha, manja dia...buat Noah rasa terbuai."
"Patutlah tiba-tiba je senyap setiap kali on the phone malam-malam. Dia yang tidur dulu," gumamku tak puas hati.
Noah ketawa senang. Tapi, aku tetap terkilan dengan apa yang berlaku pada Luth. Dia tak sempat melihat ketawa kembarnya.
"Jadi, fahamlah kenapa Rossa laju je ambil Aisha bekerja dengan dia?"
Aku angguk.
"Hish, malu betul!"
Noah paut lembut dagu aku dan memaksa aku memandangnya.
"Boleh kita mulakan semula hubungan ni?"
Aku mengangguk laju dengan mata yang berkaca.
"Aisha sayangkan Noah."
"Noah pun sayang sangat dengan Aisha."
Terima kasih kerana sudi baca. Sudi-sudikanlah drop komen ya?
^^
Best..
ReplyDeleteTerima kasih awak ^^
DeleteBest! Cerita kak Fa semua best!!! Semoga maju jaya❤
ReplyDeleteterima kasih sudi layan!
Deleteall the best too!
^^