6
ANAK kunci disumbatkan ke dalam tombol pintu lantas dipulas. Sebaik
sahaja pintu ditolak tersembul muka Suhana yang jelas kepenatan, Kakinya
ditarik menuju ke ruang tamu di mana rakan-rakan serumahnya melepak. Wanie
memandang Suhana dengan pandangan pelik. Jam dinding dikerling, 10.30 malam.
Suhana yang berbaring di atas sofa itu tersentak tatkala pehanya ditepuk kuat
oleh Wanie.
“Aduh,
sakit peha aku Wanie. Aku tahulah yang aku ni montel tapi janganlah tepuk dekat
situ.”
Wanie
sengih.
“Alah,
sikit je. Lagipun tak luak pun. Haha.” Suhana memuncung.
“Suha,
kau pergi mana? Malam-malam baru balik. Aku nak cakap kau pergi library
tak ada pula buku,” soal Ika.
Suhana
diam seketika. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum. “Sebenarnya tadi ada meeting
Kelab Badminton.”
“Ahha…
so, yang kau sengih-sengih ni apa hal?”
“Sebab..
aku dilantik jadi AJK tahun satu. Hebat tak?”
Krikk..
krik… Masing-masing cuba menahan ketawa daripada meletus. Kasihan pula mereka
tengok. Mungkin Suhana tidak pernah merangkul mana-mana jawatan sebelum ni.
Fikiran mereka mengolah pertanyaan yang sama. Melihatkan Wanie dan Ika mengetap bibir itu menimbulkan
perasaan kurang selesa dalam dirinya. “Weh, kau orang ni kenapa dia? Tak hebat
ke?”
Ika
terkejut lantas menepuk tangan dengan kuat. “Wah, hebatlah kau! Bukan senang
budak tahun satu dapat jawatan. Aku bangga dengan kau.”
Pap!
Wanie menepuk dahinya sendiri. Melampau sungguh reaksi Ika.
Tersengih-sengih
Suhana. Kemudian matanya meliar mencari sahabatnya. ‘Mana Fira?’ Wajah kedua-dua
rakannya dipandang. Ika dan Wanie, mereka sama-sama berada dalam fakulti seni
reka, tapi tidak pula kelihatan sibuk. Bahunya dijongket.
Bahu
Ika dicuit lembut. “Ika, kau ada nampak Fira?”
“Entah,
tadi aku nampak dia keluar dengan tuala atas kepala. takkanlah pergi dating,
kan?” jawab Ika dalam nada bergurau. Sementara itu Wanie sudah mengekeh
ketawa.
“Hah?”
Melihat
Suhana yang kebingungan itu membuatkan Wanie bersuara. “Mungkin ke rumah
sebelah kut. Jumpa Sofea, classmate dia. Kau kenal kan?”
Suhana
mengangguk lalu sengih. Hampir saja dia terlupa bahawa Sofea penghuni apartmen
sebelah. Padanlah dia sering terserempak dengan gadis itu.
Jeruk
mangga yang dihulurkan kepadanya diambil. Perlahan-lahan kulit mukanya
menghasilkan kedutan dan matanya terpejam. Suhana menggelupur seketika. Mangga
apa ni…?!
“Masamnya…
ini jeruk ke apa?”
“Otak
kau, jeruk. Ini rojak! Itulah, main sambut je apa yang orang hulur.”
Suhana
menggaru-garu kepala. Dia ingatkan jeruk. Kalau jeruk tak adalah masam
menyengat. “Patutlah. Hehe.. bak sikit lagi. Macam best pulak.”
“ARGHH!” tuala yang setia berbalut di kepalanya ditarik. Rimas pula. Wajah
Sofea yang tersengih dipandang. Hai, Peah. Kau ni reti snegih aje ke? Namun
kata-kata itu hanya berlegar dalam hati Zafira. Bimbang pula kalau Sofea
merajuk. Memang susahlah nak pujuk melainkan Pijoe. Kadang-kadang Zafira
sendiri hairan dengan Sofea. Apabila ditanykan perasaannya pada Pijoe,
mentah-mentah saja gadis itu menafikannya.
Sofea
garu kepala kebuntuan. Wajah Zafira dipandang dengan pandangan kosong.
“Fira…
aku pun stress. Kita nak buat games apa?” keluh Sofea.
“Hurm,
itulah. Permainan yang ada lompat. Entah apa-apa tajuk yang kita dapat. Kalau
lompat kijang, budak-budak main ke?”
“Budak-budak…
hah! Lompat tilam. Dia orang memang suka sangat lompat tilam macam anak saudara
aku. Pantang nampak aku relaks atas katil mulalah nak melompat,” rungut Sofea
mengundnag tawa Zafira.
“Agak-agaklah
wei. Takkanlah kau nak bawa tilam dekat event nanti. Ada jugak yang nak
kena hempuk.”
Tergeleng-geleng
kepala Zafira. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Zafira tersenyum sendiri
memandang mesej yang diterima. Jari-jemarinya laju menekan kekunci telefon
pintar.
+ Hey, buat apa? – Afiq
Mesej Afiq itu sedikit sebanyak menghilangkan tekanan.
+ Buat assignment. Abang AF? – Zafira
+Abg
AF? Haha. Sedang melayan bakal adik ipar - Afiq
+
Siapa? - Zafira
+
Faheem a.k.a abang ketua – Afiq
Zafira
tergelak besar. Agaknya gelaran abang ketua sudah lekat pada Faheem Hidayat.
Padan muka! Zafira senyum sinis. Berkerut dahi Sofea melihat gelagat Zafira.
Tiba-tiba saja gadis itu ketawa dengan kuat. Sofea dicuit dengan perasaan
seram. Bimbang juga kalau Zafira kena sampuk. Air liurnya ditelan.
+ Haha. Kenapa bakal adik ipar? – Zafira
+
Saja nak melawak. Eh, abg ganggu Fira ke? – Afiq
Zafira senyum.
+
Tak adalah. Dah berhenti pun. Stress! – Zafira
Dia cuba mengadu. Entah kenapa dia berasa senang dengan Afiq
Farhan.
+ Jgn stress-stress sangat. Biasalah tu,
assignment. Abg ni belum nak stress lagi tp bila dah masuk minggu akhir memang
stress yg amat. Masa tu abg nasihatkan Fira jgn tegur abg. – Afiq
+
Wow! Scary sangat – Zafira
+
Mmg pun – Afiq
Sofea
hanya memandang Zafira yang tersengih-sengih. Tanpa berlengah Sofea terus
mencuit bahu Zafira hingga melatah gadis itu dibuatnya. “Oh, abang AF. Takut,
takut.” Apabila tersedar Zafira cepat-cepat menutup mulutnya dengan tangan.
Habislah… Sofea terkebil-kebil.
“Abang
AF?!”
Zafira
mengalihkan pandangan pada skrin laptop. Kemudian tangannya dilontarkan pada
helaian buku teks. Hatinya mula membebel. ‘Itulah kau, melatah lagi. Kan dah
tersasul.’ Melihat Zafira yang sedang cuba lari daripada topik perbualannya,
Sofea terus mencuit lagi. “Weh…”
“Hmm…
apa?”
“Kau
ada skandal dengan abang AF, eh?” tuduh Sofea.
Hampir
terkeluar biji mata Zafira. “Hesh, mengarut!” Sofea mula mencebik.
“Cakap
aku mengarut. Habis yang kau tersengih tu kenapa?”
“Aku
mesej dengan abang aku. Dia ni spesis gila sikit,” jawab Zafira tergaga-gagap.
Bersinar-sinar
mata Sofea saat mendengar jawapan Zafira. Pantang benar dengar perkataan
lelaki. “Kau ada abang?! Hensem tak?”
Senyum.
“Tengok
adik dialah. Aku ni kan dalam kategori cun. Haa, mestilah abang aku hensem,”
puji Zafira. Meskipun meluat dengan kata-kata Zafira yang ibarat masuk bakul
angkat sendiri, Sofea tetap cair. ‘Alangkah bagusnya kalau dapat berkenalan
dengan abang Zafira.’ Sofea sudah berangan
“Hurmm…
mula dah.”
Zafira
sudah malas untuk melayan Sofea. Gadis itu sudah berada di alam lain. Tapi…
abang? Zafira ketawa kecil kemudian geleng kepala.
FAHEEM Hidayat menggeleng kepala. Sejak tadi lagi Afiq bermain dengan telefon.
Terbantut seketika kerja mereka. Nafas dihela berat. Buku Finance diletakkan ke
tepi. “Fiq!”
“Hurmm…”
cermin mata dileraikan daripada bergayut pada celahan telinga. Bengang pula
rasanya dengan perangai Afiq.
“Kau
mesej dengan siapa tu? Dari tadi lagi tak berenggang dengan telefon.”
Sengih.
“Kalau
rasa aku mesej dengan siapa?” Afiq mula
berteka-teki.
Faheem
membuat mula malas. “Entah. Malaslah aku nak teka buat penat otak. Kau cakap
je.”
“Kau
ni kan… suruh teka sikit pun malas. Aku mesej dengan adik aku.”
Berkerut
kening Faheem. “Adik? Kau ada adik ke?”
“Ada.
Soon. Dan kau.. bakal adik ipar aku. Hahaha,” usik Afiq.
Faheem
merengus. “Ah, malaslah aku nak layan kau. Merapu. Tapi…” wajah Afiq dipandang.
“… jangan cakap yang budak cempedak goreng tu adik kau.”
Ketawa
Afiq mula bergema. “Okey, aku tak kan cakap.”
“Huh.
Kau dah tak ada orang lain ke nak dibuat adik? Aku tak suka dia.”
Afiq
menjongket kening.
“Kenapa?
Jangan beritahu aku yang kau cemburu dengan dia. Aww… aku tak nak mengiakan khabar
angin yang kita gay!” tangannya sengaja dihayun-hayun lembut.
Pap!
Dahi Afiq ditolak kuat. Berdekah-dekah Afiq ketawa.
“Kau
ni kalau tak mengarut dan melalut tak tentu pasal memang tak boleh ke? Aku tak
suka dia tak ada kena mengena dengan khabar angin tentang kita tau? Lagipun
berita tu dah lama stop. Ada juga yang nak kena gusti,” bangkang Faheem.
Tidak setuju dengan tuduhan itu.
“Relakslah
Abang Ketua. Ni, aku nak cakap sikit. Pasal program hari Sabtu nanti aku tak
boleh ikut,” ujar Afiq sambil menggaru-garu kening.
“Kenapa?”
“Aku
ada hal sikit kat rumah. Mama minta aku balik. Ada perkara yang nak kena
bincang katanya.”
“Bincang?
Takkanlah mama kau suruh kau kahwin kut? Hehe.”
“Hotak
kau. Aku muda lagilah tapi… kalau betullah mama suruh aku kahwin mana aku nak
cari bakal isteri?”
Faheem
senyum sinis. “Apa susah, adik kau ka nada.” Sengaja ditekankan perkataan adik.
Afiq seyum meleret. “Betul juga. Hebat pendapat kau, aku akan pertimbangkan
nanti.”
Senyum
Faheem tiba-tiba mati. Senarai nama yang telah didaftarkan ke kelab mereka
dicapai. Meihatkan perubahan Faheem Hidayat, Afiq kemudian perlahan-lahan
menguntum senyum. Takkanlah Faheem suka dekat Fira?
Mata
Faheem berkedip-kedip memandang kertas di tangannya. Nama yang dibaca itu
dirasakan macam pernah dengar. Tapi otaknya terlalu lambat untuk mencerna
empunya nama.
“Tengku
Sheera Zafira binti Tengku Zaimin… Tengku Zaimin?” suara Faheem yang separuh
berbisik menyebut nama itu membuatkan Afiq terkesima.
“Nama
siapa kau sebut tadi?” Faheem berkerut. Rasanya dia sekadar berbisik tadi.
“Tengku
Zafira.”
“Eh,
adik aku pun daftar masuk?” soal Afiq berpura-pura terkejut.
“Patutlah
aku macam pernah dengar nama ni. Rupa-rupanya minah cempedak goreng. Haila…
apalah nasib aku,” rungut Faheem. Padanlah dia seperti ada ternampak gadis itu
sewaktu perjumpaan tempoh hari. Dalam masa yang Afiq cuba berdiam diri. Ada
sesuatu yang bermain di dalam fikirannya.
‘Ah,
mungkin kebetulan?’ Kertas yang berada
dalam tangan Faheem dipandang sekilas.
KEPALA didongakkan ke atas. Matanya hanya melihat siling dalam kegelapan
malam. Bantal peluk yang terjatuh diambil lalu dipeluk erat. Zafira tidak dapat
melelapkan mata. Walhal esok dia ada kuliah pagi. Hendak kata dia mengambil
kopi, tidak. Katil Suhana yang terletak
bersebelahannya dipandang. Ternyata Suhana terlalu lena. Zafira senyum.
Tiba-tiba
fikirannya teralih pada perbualannya dengan Tengku Rahimah. Di mana dia hendak
mencari orang tu? Nenda terlalu meletakkan harapan padanya. Keluhan Zafira
terkeluar. Kolejnya terlampau luas. Hendak mengenal semua pensyarah pun susah
apatah lagi mencari seorang pelajar dalam ribuan orang.
‘Nenda…
siapa dia? Siapa nama dia? Kenapa nenda tidak beritahu Fira dan kenapa baru
sekarang nenda hendak beritahu?’ Tanpa sedar air matanya mula menitis. Hatinya
mula merindui bonda dan ayah. Terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab
sendiri. Nendanya langsung mendiamkan diri.
“Fira…
ingat pesan nenda. Nenda bukanlah hendak menyusahkan cucu nenda tapi… nenda
berharap sangat yang Fira dapat jumpa dia.”
“Siapa
nama dia?”
Tengku
Rahimah diam seketika.
“Nenda
lupa tapi yang nenda pasti dia berbinkan Tengku Zaimin sama macam Fira,” jelas
Tengku Rahimah. Zafira terkebil-kebil. Mempunyai nama bapa yang sama? Apa
tujuan nenda? Dalam terpaksa Zafira mengukir senyum lantas mengangguk.
“Insya
Allah. Nenda doakanlah Fira nanti ya?”
Angguk.
“Tapi
kan nenda… dia tu siapa? Apa kaitannya dengan Fira?” Tengku Rahimah senyap.
Pertanyaan Zafira ditinggalkan tidak berjawapan dan dibawa angin yang berlalu.
Hanya senyuman yang diukir.
No comments:
Post a Comment