9
A
|
FIQ Farhan mengatur langkah mendekati Faheem Hidayat. Sejak balik
daripada kelas lelaki itu langsung diam. Tangan yang melekap pada dahi itu
jelas menunjukkan Faheem sedang berfikir. Afiq tertanya-tanya. Sebenarnya sejak
latihan kelab hari tu lagi dia ingin bertegur tapi Faheem kelihatan malas.
Keluhan
keluar dari bibir Afiq.
“Faheem,
kau ada masalah ke?”
Faheem
Hidayat sedikit tersentak. Wajah Afiq dipandang sekilas. “Oh, kau. Bila
sampai?”
“Apa
pula bila sampai? Ni, yang kau tiba-tiba balik daripada kelas terus termenung
ni kenapa?”
Dia
bangkit daripada kedudukan berbaring. Afiq Farhan ditenung. “Aku tak tahulah
macam mana nak cakap.” Kepala digaru kasar.
“Kau
ada masalah ke?”
“Entahlah.
Aku sebenarnya serabut sikit ni. Hari tu, waktu kita orang buat latihan untuk rescue,
kayak aku jadi mangsa. Masa tu aku berpasangan dengan siapa nama tu?”
“Zafira,”
sambung Afiq.
“Hah,
dialah. Eh kejap. Macam mana kau tahu?”
Sengih.
“Teruskan, teruskan.” Faheem pandang dengan pandangan tidak puas hati.
“Ini
mesti kerja kau kan? Saja nak pairkan aku dengan minah cempedak tu.”
Gulp!
Sudah… “Eh, kau nak cerita apa sebenarnya ni?”
Faheem
termenung sesaat. “Haa, aku nak beritahu yang waktu tu budak perempuan tu almost
drown.”
Mata
Afiq terbuntang. Hampir lemas?
“Apa
dah jadi?! Macam mana boleh jadi macam tu?”
“Relaks,
aku tak habis cakap lagi. Sebenarnya aku pelik macam mana tali jaket yang budak
tu pakai putus. Seolah-olah kena gunting. Bukan apa, sebelum turun aku dah
tengok dia punya jaket keselamatan tip top. Cara pemakaiannya pun betul. Cuma
masa sesi rescue aku terkejut sebab dia terkapai-kapai dan baju tu
hampir terlucut tahu tak? Aku rasa macam ada yang nak pedajalkan dia lah.”
Masing-masing
terdiam.
“Bukan
kau pun suka pedajalkan orang ke?”
“Aku
kalau nak kenakan orang tak adalah sampai nak membunuh tahu tak? Eh, kau tak
fikir yang ianya pelik ke?”
Afiq
bermain dengan dagunya sendiri. Dia juga pelik. Tapi siapa?
“Minggu
depan latihan kedua kan?” soalan Afiq dijawab dengan anggukan.
“Aku
ingat nak cuba tanya dengan Abang Mat secara personal. Bimbang juga
kalau ada yang bermusuh. Kejap! Dayana ada join tak?”
“Dayana?
Hesh, gila apa dia nak join game macam ni. Kenapa? Takkanlah kau nak
tuduh Dayana.”
“Err…
tak juga. Tapi mungkin ada yang dengki dengan Fira. Aku, akan siasat kes ni,”
ujar Afiq bersungguh-sungguh. Faheem terkedu. Afiq Farhan beria-ia ingin
menyiasat. Dirinya tiba-tiba berasa tercabar.
“Apa-apa
pun, aku tak fikir Dayana. Lagipun, dia tu sepupu aku. Aku kenal dia,” Faheem
cuba membela Dayana.
‘Kalaulah
kau tahu yang Fira tu adik aku.’
Afiq
diam. Apa-apa pun dia perlu pastikan sendiri. Betulkah Zafira tu adik dia? Dan…
macam mana jaket dia boleh terputus? Banyak benar persoalan yang bermain dalam
fikirannya.
AIR yang dipesan dibawa ke meja di mana Zafira dan Pijoe berada.
Kelihatan Zafira dan Pijoe rancak berbual. Hati Sofea mula dipagut rasa
cemburu. Tambah-tambah lagi apabila melihat senyuman yang terbit di bibir
Pijoe.
“Kau
orang bualkan apa ni? Serius aje aku tengok,” tegur Sofea. Airnya disedut
perlahan. Zafira menjeling Sofea disebelahnya kemudian senyum simpul. Dia tahu
gadis itu cemburu.
“Mana
boleh cakap. Ini rahsia kita orang.”
Cebik.
“Yalah,
siapalah aku ni kan? Hurmm, kau orang teruskanlah berbincang. Aku pergi dulu.”
Sofea
sudah merajuk. Zafira menghantar isyarat mata pada Pijoe. Ternyata lelaki itu
mengeluh. Sebaik saja Sofea ingin berlalu tiba-tiba tangannya dipegang
menghalang dirinya daripada berlalu.
Terkedu.
Sofea
memandang lengannya. “Peah, janganlah macam ni. Kita orang bergurau aje. Duduk
balik. Bosanlah bila kau pergi,” pujuk Pijoe. Sofea cuba menyembunyikan
senyumnya.
“Ha’ah.
Kita orang gurau je. Hehe.”
Zafira
dijelingnya. Geram pula dengan kawannya yang seorang tu. Sengaja nak uji
hatinya. Penumbuk kecil ditunjukkan pada Zafira. Zafira berpura-pura seram.
“Hesh,
sebenarnya kau orang bincang apa?” tanya Sofea masih tidak berpuas hati.
“Laa,
tak sudah lagi dengan soalan tu?” soal Pijoe kembali kemudian ketawa kecil.
Sofea
menunduk malu. “Tak ada apalah. Kita orang cuma berbual pasal Kelab Rekreasi
tu. Tak sabar rasanya nak sambung latihan hari tu. Hari tu punya latihan tak best.
Tak sempat rasanya merasai suasana berkayak. Aku rasa kau tahu kenapa,” jelas
Zafira apabila melihat Sofea yang keseganan.
“Aku
faham. Tambah-tambah lagi tali jaket kau terputus, kan?”
Wajah
Sofea dipandang. “Macam mana kau tahu? Aku tak beritahu sesiapa pun pasal hal
ni.”
“Err…
aku teka ajelah sebab aku tengok belakang jaket kau tu macam ada tali putus.”
Tergagap-gagap Sofea membalas. Risau benar apabila disergah begitu. Darah
gemuruhnya terus sampai.
“Kau
tak cakap pun yang tali jaket kau putus. Bahaya gila!”
Pijoe
yang sedari diam mula bersuara. Gerun pula dia apabila memikirkan hal itu. Memang
gerun, sebab dia sendiri tidak tahu berenang.
Semua
mengangguk. “Aku rasa macam ada orang nak perdajalkan kaulah,” sambung Pijoe.
Masing-masing terdiam.
“Tapi…
siapa?”
“AKU tak suka budak perempuan tu melekat dengan Faheem. Kau faham,
tak?” Dayana menjerit lantang melalui telefon. Suaranya bergema dalam rumah
yang sememangnya tiada orang melainkan pembantu rumahnya. Pembantu rumahnya
sengaja memekakkan telinga. Jika dia cuba memasang telinga pasti ada saja
kerenah Dayana terhadapnya.
“Kalau
dia lemas terus dalam tasik hari tu lagi elok. Tak adalah kau susah payah
berfikir macam mana nak hapuskan dia.”
Badannya
dihempaskan di atas sofa kemudian menyambung perbualan. “Macam nilah, aku akan
cuba cari jalan lain. Tapi tidak dalam masa terdekat ni.” Bibirnya mula terukir
senyuman yang penuh rencana.
Telefon
dimatikan. Hujung rambutnya dimainkan dengan jemarinya. Rambut depannya dikuak
ke belakang. Dia termenung seketika. Setiap tahun pasti ada yang cuba mendekati
Faheem Hidayat. Dayana menjadi tercabar.
“Faheem…
I just want you, my dear. Dan, I sanggup buat apa saja untuk dapatkan
you. Kenapalah you tak perasan?”
HARI latihan tiba lagi. Semuanya kelihatan bersemangat. Terutamanya
Zafira. Dia tak akan benarkan kejadian tempoh hari berlaku lagi. Regangan
dibuat terlebih dahulu. Wajah Faheem Hidayat dipandang dengan pandangan sinis
manakala Afiq Farhan dilontarkan senyuman manis. Hatinya berasa lega, kerana Afiq
Farhan turut hadir.
Tubuh
Afiq Farhan dihampiri sambil memanaskan badan.
“Abang
AF! Kenapa kau tak datang minggu lepas?” tanya Zafira sedikit brutal.
Afiq
ketawa kecil. Gila punya adik! Brutal nak mati.
“Apahal?
Rindu ke?” Zafira mencebik. “Kejadahnya nak rindu. Disebabkan Abang Af tak
datang minggu lepas tak pasal-pasal Fira kena buli, tahu tak?”
Keningnya
dijongket. “Buli? Haha. Siapa yang buli?” Faheem dipandang dari jauh. Lelaki
itu kelihatan bengang.
“Yalah,
abang ketua yang buli.”
Bibirnya
dimuncung ke arah Faheem Hidayat. Gara-gara terkejut, Faheem Hidayat terus
mencerlung matanya pada Zafira. Gulp! Zafira menelan liur.
“Siapa
buli?” tanya Faheem yang sudah tercegat di antara Zafira dan Afiq.
“Aaa…
entah!”
“Eeey,
kau ni memang tak habis-habis nak cari pasal dengan aku kan? Jahit mulut tu
baru tahu.”
Ketawa
Afiq sudah berdekah.
“Aku
tak ada satu hari, macam-macam hal dah jadi kan? Contohnya macam sekarang. Kau
orang berdua nampaknya dah rapat.” Kepalanya diangguk-angguk bak burung belatuk.
“Mengarut!”
ujar Faheem dan Zafira serentak kemudian berlalu pergi meninggalkan Afiq yang
tercengang.
“Hei!
Sampai hati dia orang layan aku macam ni?”
Fauzan
yang sedang berbual di telefon didekati. Kening dijongket. “Siapa?” bisik Afiq.
“Orang
kuat.”
“Hah?
Bak sini telefon kau. Mari aku bercakap dengan dia.” Fauzan menurut. Telefon
mula bertukar tangan.
“Helo,
bos! Haha. Lamanya kau cuti, sekarang dah masuk latihan kedua tahu tak? Batang
hidung kau langsung aku tak nampak,” marah Afiq.
Terkejut
Fauzan. Kuat sungguh suara Afiq.
“Apa?
Hmm, aku simpan janji kau. Pastikan hari pertandingan nanti kau ada. Nama aje
Ajk kelab tapi tak pernah muncul. Planning pandai. Hmm, yalah. Okey.”
Telefon
dimatikan.
“Weh,
apahal tadi tu? Kau cakap dengan siapa?” tanya Faheem.
“Daniel.”
“What?
Bis boss tu bila join?”
Bengang.
“Katanya nanti hari pertandingan. Entah iya entah tidak. Kita tunggu ajelah.”
“Daniel…
suka sangat buat perangai.” Nama itu disebut perlahan kemudian nafas dihela
perlahan.
KERETA menderum laju di atas jalan. Bumbung kereta sengaja dibuka
membiarkan angin menampar pipinya. Ray Ban yang dipakai menyerlahkan lagi
ketampanan dirinya.
“Wohoo!”
jerit Daniel. Teringat pula pada Kelab Rekreasi. Kasihan pula mendengar
rungutan Afiq. Dia bukan tidak mahu turut serta tapi malaslah hendak melayan
kerenah ahli-ahli baru. Pasti ada yang terkial-kial.
Paling
teruk apabila ada perempuan yang terkinja-kinja terhadapnya. Daniel senyum
megah.
“Haish,
siapalah yang tak tergoda dengan senyuman maut aku ni? Lelaki pujaan Malaya.”
Jika
Afiq dan Faheem ada disitu pasti kepalanya diluku. Mereka memang pantang dengar
pujian melangit Daniel untuk diri sendiri. Namun, ada satu perkara yang dia
tidak puas. Sekacak mana dirinya, jika bergandingan dengan Faheem pasti dia
kalah.
Entah
apalah aura yang Faheem Hidayat tu ada. Daniel menggeleng kepala.
SENYUM Zafira hingga ke telinga. Akhirnya dia berjaya mengelak daripada
berpasangan dengan Faheem Hidayat. Afiq Farhan mendayung kayak hingga ke
titian. Meskipun Afiq Farhan berperangai gila-gila melayannya, Zafira tak
kisah. Dia berasa rapat sangat dengan
lelaki itu.
Kayak
didayung ke tepi. Berhati-hati Zafira naik ke atas sambil dibantu Afiq. Zafira perasan
pandangan meluat ditunjukkan Faheem. ‘Dengkilah tu.’
“Afiq,
kau tak payah tolong sangatlah. Poyo aje minah cempedak tu.”
“Minah
cempedak?! Kurang ajar belum Dayat si gayat,” balas Zafira.
Faheem
tercengang. Eh? Macam mana dia tahu aku gayat? Wajah Afiq dipandang.
Jangan-jangan…
“Lalaa…laa…laalaa..”
Afiq memekakkan telinga dan berpura-pura tidak tahu.
“Kenapa
tengok Abang AF? Betulkan apa yang saya cakap? Dayat takut tinggi, hahaha.” Zafira
segera berlalu. Bimbang juga kalau-kalau kena serang. Tersengih-sengih Afiq
memandang muka Faheem yang sudah merah.
“Kau
memang kan? Apasal beritahu dia, kau tahu kan yang aku ni anti dengan budak
tu?”
“Maaflah
wey. Dia asyik push aku suruh cerita pasal kau. Tapi, okeylah tu.
sekurang-kurangnya dia nak ambil tahu pasal kau. Haa.”
Faheem
memegang kepala. “Masalahnya dia nak ambil tahu pasal aku sebab nak kenakan
aku. Aduh, sekarang ni dia dah tahu yang aku gayat. Kau punya pasallah ni.”
Afiq
ketawa kecil.
“Relakslah…
be positive la kawan.” Faheem merengus. Malas hendak melayan. Dia segera
berlalu.
“Faheem!
Haha. Chill la.”
FAHEEM mencekakkan tangan ke pinggang. Wajah satu persatu bakal ahli Kelab
Rekreasi dipandang. Latihan kayak kali ni agak memuaskan meskipun ada yang
terkial-kial. Namun, itu hanyalah perkara biasa bagi mereka yang baru belajar.
“Macam
mana dengan latihan hari ni, okey? Ataupun, dah ada yang mula menyimpan niat
untuk menarik diri?”
“Okey!
Memang best. Kita orang tak sabar nak tunggu Sabtu depan, kan guys?”
jerit salah seorang daripadanya kemudian terdengar sorakan kuat. Faheem senyum
segaris. Kemudian matanya beralih pada Zafira. Tiba-tiba lelaki itu merengus
geram.
Perbuatan
Zafira yang setia menghadap telefon itu mengundang api dalam dirinya. Faheem
menghela nafas berat lalu bersuara. “Sebenarnya, dah lama saya nak tahu apa
tujuan kamu semua masuk ke kelan ni?”
Senyap.
“Macam
nilah, sebelum kamu join kelab ni apa aktiviti outdoor yang selalu kau
orang buat?”
Keningnya
dijongket sebelah. “Awak yang kat belakang, berbaju merah. Boleh kongsikan
dengan rakan-rakan kamu?”
Sofea
menelan liur. Bahu Zafira dicuit. “Fira, Abang Faheem tanya kau tu.”
“Huh?”
Kepalanya diangkat. Semua mata sudah bertumpu padanya. Zafira membuat muka
malas.
“So,
boleh kongsikan?”
Zafira
senyum sinis.
“Biasanyalah,
setiap kali saya bosan saya suka main basketball. Selalunya saya shoot
hingga kumpul 800 mata. Cuma lately dapat kumpul 1000 mata, macam
sekarang. Oh, yang paling best bila dapat shoot bola tiga mata.”
Bersungguh-sungguh Zafira bercerita. Kemudian matanya kembali tertumpu pada
skrin telefon.
Masing-masing
terlopong mendengarnya. Faheem Hidayat mula tercengang. ‘Macam sekarang?’ Tubuh
Zafira didekati. Telefon diragut daripada tangan Zafira. Terbuntang anak mata
Faheem.
“Game
Pou?!”
Zafira
tersengih-sengih sambil membuat ‘peace’. Telefonnya dirampas kembali
lalu berlari menyorok di belakang tubuh Sofea meninggalkan Faheem yang sudah
terkebil-kebil.
No comments:
Post a Comment