Awak, awak kat mana?
WAKTU sudah
berganjak. Hari sudah petang dan suasana di kawasan sekolah mula sunyi. Nana
menggeliat kecil. Buku-buku dimasukkan ke dalam beg. Dia sudah tidak larat
untuk meneruskan ulang kaji. Lagipun, hari sudah lewat.
Sudah menjadi kebiasaan
buat Nana belajar sendiri setelah habis waktu sekolah. Tidak selesa berada di
rumah kerana bising dengan bunyi tangisan adik kecilnya yang baru lahir. Tahun ni,
dia bakal hadapi peperiksaan penting. Jadi dia perlu bertungkus lumus. Dia perlu
buktikan pada ahli keluarganya bahawa dia tidak lemah.
Sebaik saja Nana menapak
keluar daripada kelas, dia dikejutkan dengan kehadiran seorang pelajar
perempuan. Pelajar itu asyik menunduk dan merenung padanya. Nana menjadi tidak
keruan.
‘Apahal minah ni?’
Langkahnya menjadi semakin laju meninggalkan gadis itu sendiri.
“Nana…”
Gulp! ‘Macam mana
dia tahu nama aku?’
Kali ini Nana tidak lagi
berjalan tapi dibukanya langkah seribu. Lari!
“ADUH! Mana aku letak
benda alah ni. Hesh!”
Begnya diselongkar. Tidak
cukup daripada itu, laci mejanya turut diselongkar. Nana menggaru-garu kepala.
Buntu.
“Oit! Nana, kau cari
apa?” tegur Efa.
Nana terdiam. ‘Takkanlah
aku nak cakap yang aku tercicir benda ‘tu’. Malulah aku.’
“Erk, tak ada apalah. Diari
aku tercicir kut. Tak jumpa.”
“Oo, diari aje pun. Ingatkan
apa.”
Melihatkan Efa yang
sudah berlalu ke tempat duduk belakang, Nana terus menghela nafas lega. Efa
suka sangat ambil tahu hal orang lain. Dia bukannya boleh dipercayai sangat.
Nana menghalakan
pandangan ke luar tingkat.
Tergamam.
“I… itu gadis semalam,”
bisik Nana sendiri.
“Nana…” Gadis yang
berambut panjang itu memanggil namanya. Nana menelan liur. Dia cuba menumpukan
perhatian pada buku latihannya. Sapu tangan merah jambunya dikeluarkan dan
diselitkan di celah tudung sekolahnya. Berharap agar gadis itu tidak
mengenalinya.
“Awak… awak kat mana?”
Oh, sungguh mendayu. Nana
mula menggigil hinggakan Cikgu Ruby masuk pun dia tidak sedar.
“Nana, awak kat mana?”
Suara itu masih
kedengaran. Nana meletakkan kepalanya di atas meja. Tidak sanggup untuk
memandang gadis itu.
Pap!
“Ottokae! Hantu!!”
Dek kerana terkejut, habis terkeluar bahasa Korea yang dia belajar daripada
Kwang Soo jiran sebelah rumahnya..
“Hantu?!”
Nana mengangkat kepala
laju. Alamak!
“Erk… hai Cikgu Ruby. Ehehe…”
Mata Cikgu Ruby sudah mencerlung ke arahnya. Lebih seram jika dibandingkan
dengan gadis semalam. Dengan gaya melenggang, CIkgu Ruby berjalan mengelilingi
Nana.
“Hai? Kamu ni dah lupa? Sekarang
kelas Cikgu Ruby, okey. Bahasa Korea diutamakan, faham!”
“Fa… faham. Annyeoung haseyo,
teacher.”
“Awak… awak kat mana?”
Suara itu masih lagi
kedengaran. Nana berpaling, gadis itu sedang tersenyum padanya. Parah!
“Good, good. By the
way, apa yang awak takutkan, Nana?”
“Cikgu Ruby, the outside..
I see… ghost girl! Me not lie.”
Cikgu Ruby ketawa kecil.
“Oh my god! What wrong with your English my dear? Lagipun hantu? Mana
ada hantu siang hari, Nana. Dah, buka buku teks English Kpop! Kita sambung
kisah hati Ruby dilanda todak.”
Nana mengeluh.
Dia berpaling ke arah
tingkap. Gadis itu sudah hilang. Siapa dia?
“AWAK… awak kat mana
Nana? Janganlah lari…”
Jangan lari? Huh! Nana semakin
melajukan langkahnya. Dia tidak akan berhenti berlari. Takutlah! Hinggakan ke
kedai buku gadis itu mengikut Nana. Nana berlari sekuat hati biarlah tercabut
kaki sekalipun yang penting dia jauh daripada gadis tersebut. Sudahlah rupa
menyeramkan panggil namanya pun mendayu-dayu.
Nana terbongkok-bongkok
di depan rumah kecil. Melepaskan lelah. Entah bila masanya dia sampai di situ
pun dia tidak perasan. Bunyi selipar bersentuhan dengan tanah mengejutkan Nana.
Nana berpaling. Hah! Terkejut. Gadis itu sudah berada di depannya.
“Nana… kenapa awak lari?”
Perlahan-lahan gadis itu
mendekat. Nana berundur.
“Awak… awak nak apa,
hah?”
Tiba-tiba senyum gadis
itu berubah sinis.
“Hash, Aulia. Tangkap dia!!”
arah gadis itu.
Mendengar saja arahan
itu, Hash dan kembarnya Aulia terkocoh-kocoh menghampiri Nana. Semput dibuatnya
dek kerana tubuh mereka yang agak ‘comel-comel’. Hash dan Aulia memegang erat
lengan Nana. Nana terkesima. Siapa mereka?
“Hei, lepas! Kau nak apa,
hah?”
“Saya? Nama saya Wanie. Saya
cuma nak kasi ni aje dekat awak.”
Anak patung disuakan
kepada Nana. Eh?
“Macam mana patung ni
boleh ada dekat awak? Saya dah puas cari benda ni.”
Wanie memandang Nana
dengan hujung mata. “Inilah manusia. Orang panggil dia buat dek aje. Sudahlah kita
ni tak kenal dia boleh pulak nak main sorok-sorok. Ingat kita ni ada banyak
masa kut.”
Hah? Nana tercengang. “Maksud
awak?”
“Hesh, takkanlah awak
tak dengar saya panggil awak. Saya tanya awak kat mana? Awak tak jawab. Mujurlah
ada cikgu Korea tu, kalau tak sampai ke sudahnya saya tak kenal awak, Nana,”
terang Wanie.
“Oo… erk, maaf. Saya tak
tahu. Apa-apa pun terima kasih sebab jumpa anak patung ni. Tapi… awak ni siapa dan macam mana awak tahu nama saya?”
“Saya?”
“Iyalah, awak datang
sekolah tak pakai baju sekolah. Awak bukan student kat sekolah tu ke?”
Wanie ketawa kecil. “Saya
sebenarnya anak Mak Cik kantin kat sekolah. Lagipun, saya baru habis SPM. Hah, cuba awak tengok kaki patung tu, ada nama awak kan? Jadi, jangan pelik sangatlah.”
Persoalan Nana terjawab.
Mati-mati dia fikirkan Wanie tu hantu. Huh!
“Hash, Aulia! Sudah-sudahlah
tu main. Bagi balik anak patung tu dekat mak cik Nana.”
Sekali lagi Nana
tercengang. “Mereka ni siapa?”
“Dia orang ni anak-anak
saudara kembar saya. Minta diri dulu ya, Nana?”
"Awak, awak, kat mana? lalalaaa..." Wanie terus menyanyi. Macam sedap pula lagu tu.
No comments:
Post a Comment