1
S
|
UASANA di kawasan kolej terlalu bingit. Kedengaran suara fasilitator yang
sibuk menjerit memberi arahan diselangi dengan tangisan yang menambahkan lagi
suasana gamat. Jauh di satu sudut kelihatan seorang gadis yang duduk sambil
memeluk lutut. Zafira termanggu melihat keadaan pelajar-pelajar yang baru
mendaftar masuk ke kolej. Keluhan kemudiannya keluar dari bibir si gadis. Bosan
dengan situasi yang melanda. Nenda dan adik beradiknya pula sudah lama pulang
meninggalkan dia sendiri di dunia yang agak baru. Kepalanya digaru-garu. Tidak
tahu hendak ke mana. Hendak bertanyakan kakak dan abang fasi dia berasa takut.
Semuanya kelihatan bengis. Lagaknya seperti zombie. Meremang bulu roma Zafira ketika
itu.
Sebenarnya
dia sedikit menyampah dengan pelajar-pelajar sebayanya yang sedari tadi
merengek dan menangis. Macamlah tidak dapat berjumpa lagi. Zafira menjulingkan
mata ke atas lantas mengekori langkah sesetengah pelajar yang sudah berlalu ke
dewan.
Kain
baju kurung yang sedikit bersimpul dibetulkan. ‘Hish, ini yang aku benci pakai
kain. Menyusahkan aje,’ rungut Zafira. Matanya meliar ke dalam dewan yang sudah
hampir penuh dengan pelajar-pelajar baru. Tidak lupa juga dirinya sendiri.
Tiba-tiba Zafira tersenyum kecil apabila kelihatan ada kerusi kosong di
tengah-tengah dewan. Susunan bijak daripada pihak kolej amat Zafira puji.
Kerusi antara pelajar perempuan dan lelaki diasingkan. Tanpa disedari kepalanya
diangguk perlahan sambil memuncungkan bibirnya.
“Omak
kau!” terkejut Zafira saat bahunya dicuit seseorang. Bibirnya dikatup laju
dengan telapak tangannya. Malu!
Ketawa
kecil yang kedengaran disebelahnya membuatkan Zafira mengerut kening. Siapa
pula yang ketawa ni? Kuat sangatkah aku melatah tadi? Kepala ditolehkan ke
kanan. Zafira mengamati wajah disebelahnya. Wajah gadis itu ditenung
membuatkannya serba salah. Gadis itu berdehem perlahan.
“Maaflah
sebab buat awak terkejut. Saya Suhana binti Zamri daripada fakulti pengurusan
perniagaan,” ujar gadis itu membuatkan Zafira senyum kecil. “Tengku Zafira. Oh,
kau boleh panggil aku Fira.”
Huluran
tangan Zafira disambut mesra oleh Suhana.
Masing-masing
kemudian terdiam seribu bahasa. Mereka sama-sama tidak tahu hendak memulakan bicara.
Zafira yang terkenal dengan keramahannya juga terdiam. ‘Ah, mungkin si Suhana
ni jenis yang pendiam,’ fikir Zafira.
Jari
jemarinya setia bermain sesama sendiri. Kepala ditoleh ke kiri dan ke kanan
cuba mencari bahan untuk berbual. Tubuh Zafira tiba-tiba menegak.
“Err,
Suhana. Kau asal kat mana?”
Terkejut
Suhana dengan soalan yang tiba-tiba keluar dari bibir gadis berutal di
sebelahnya. “Perak. Kau?”
“Aku?
Menetap di KL dengan nenek sebelah ayah aku tapi kampung bonda di Kelantan.
Suhana duduk dengan siapa?”
“Erm…
Fira. Kalau boleh kau tak perlulah sebut nama Suhana tu, panjang sangat.
panggil Suha je. Aku tinggal dengan keluarga aku. Ibu, ayah, nenek dan
adik-adik aku.”
“Hehe.
Suha? Okey, aku akan ingat nama kau.”
TERSENGGUK-sengguk Zafira mendengar ceramah daripada ketua fasilitator.
Matanya dikedipkan berkali-kali bagi menghilangkan rasa kantuk. Takut juga
untuk tidur kerana awal-awal lagi mereka sudah diberi amaran jangan sesekali
tidur ketika berada dalam sesi orientasi. Jika tidak mereka bakal diheret ke
hadapan. Wajah Suhana disebelahnya diperhati. Zafira menundukkan kepalanya bagi
melihat wajah Suhana dengan lebih jelas. ‘Oh, Allah! Suha tidur?’ Zafira
menelan liur.
Derapan
kaki yang semakin hampir itu membuatkan Zafira hilang arah. “Macam mana ni?
Err… Suha! Weh, bangunlah. Kakak fasi datanglah.” Tubuh Suhana digoncang
perlahan. Oh Tuhan. Dia tidak mahu rakan barunya diheret ke depan. Kali ini
Zafira menguatkan sedikit suaranya. “Suha!”
“Hish,
apa?!”
Zafira
menepuk dahi. Suara Suhana yang agak kuat itu mengejutkan semua yang berada di
dalam dewan hinggakan ketua fasi yang sedap berceramah juga turut terdiam.
Mikrofon di tangan ketua fasi itu diletak kuat di atas meja. Berdesing telinga
mereka yang berada di dalam dewan. Barangkali ketua fasi itu sudah naik darah.
Zafira menunduk. Wajah Suhana yang masih lagi mamai itu tidak dipandang.
“Fiya!
Kau heret budak tu sekarang!!”
‘Omooo…
ketua fasi betul-betul naik angin. Habislah kau Suha. Bukan aku tak kejutkan
kau tapi kau yang kejutkan semua orang.’
Fasilitator
yang bernama Fiya itu menurut. Dia juga turut bengang. Daripada tadi lagi dia
perhatikan Suhana tapi dia tidak menyangka bahawa gadis itu yang merelakan
dirinya ditangkap oleh ketua fasi. Tubuh Suhana dihampiri lantas menyentuh
lengan gadis itu.
“Adik?”
“Hmm…”
jawab Suhana yang masih mamai. Zafira cuba menyembunyikan senyuman. Kelakar
dengan situasi sekarang. Hingga sekarang Suhana tidak tahu bahawa dia sudah
tertangkap.
Satu
cubitan akhirnya hinggap di lengan Suhana membuatkan gadis itu sedar
sepenuhnya. “Aduh! Kenapa kau ni Fira?”
“Kau
tanya aku kenapa? Cuba tengok sebelah kau.”
“Arghh!”
Suhana sedikit menjerit kemudian menutup mukanya. Wajah Fiya yang terlalu dekat
itu sangat menakutkan. Habislah dia kali ni. Zafira yang berada disebelahnya
dikerling minta simpati namun Zafira cuma menjongketkan bahu. Kepalanya
menunduk saat fasi Fiya menarik lengannya dan di bawa ke depan.
Jantung
Suhana berdegup pantas. Tidak pernah rasanya dia melalui saat-saat yang
memalukan dirinya. Berjalan ditengah-tengah dewan sambil diperhati keseluruhan
penghuni dalam dewan benar-benar memalukan. Wajah bengis ketua fasi itu menambahkan
lagi debaran. Jantungnya sekarang seolah-olah baru saja menghabiskan perlumbaan
lumba lari sejauh 400 meter. Matanya cuba dilarikan daripada memandang ketua
fasi. Manakala wajahnya ditunduk sehabis mungkin.
“Kenapa
tunduk kepala, malu?”
Air
liur ditelan laju. Kenapa dengan ketua fasi ni? Garangnya. Suhana masih lagi
mengekalkan kedudukannya. Kepalanya masih lagi berdegil dan kaku memandang
lantai. Telinganya cuba dipekakkan dengan soalan yang keluar daripada ketua
fasi. Matanya meliar mencari wajah Zafira. Ya, itu Zafira! Zafira sedang
memandangnya dengan simpati.
“Dah
tak ada mulut ke nak jawab! Ataupun kamu masih lagi tidur, hah?”
Terangkat
bahu Suhana dengan sergahan ketua fasi. Menggigil-gigil ingin membuka mulut. Dari
jauh Suhana nampak Zafira cuba menenangkan dirinya. Jangan takut! Mungkin
itulah yang diberitahu Zafira. Suhana mengangkat kepala.
“Maaf,”
jawab Suhana.
“Kenapa
kamu minta maaf?”
“Err,
sebab tidur semasa ab.. abang ketua berucap.”
Terbuntang
biji mata ketua fasi apabila mendengar alasan Suhana. “Abang ketua? Hey, hampir
separuh hari kamu kat sini masih tak kenal lagi nama setiap fasi?”
Teragak-agak
Suhana mengangguk membuatkan ketua fasi itu memegang kepalanya kejap. Sakit
kepala dengan perangai pelajar baru. Sudahlah tidur dalam dewan ditambah lagi
dengan sikapnya yang tidak ambil tahu. Ketua fasi mendengus.
“Kamu,
yang pakai cermin mata. Sila beritahu kawan awak siapa saya.”
Pelajar
lelaki yang agak nerd itu melangkah dengan bangga dan menjawab, “ Abang
Faheem Hidayat, ketua fasilitator sesi kemasukan Mei tahun ni.”
Faheem
Hidayat senyum puas.
“Okey,
terima kasih. Sekarang aku nak kau minta maaf dengan sekuat mungkin tanpa
menggunakan mikrofon. Fasi yang dibelakang sana akan menjadi ketua pendengar.”
“Tapi…
kenapa?”
“Kenapa?
Kamu sudah mengganggu sesi taklimat terakhir. Perkara ni penting. Sekarang
pergi minta maaf. Nyatakan nama kemudian daripada fakulti mana baru minta maaf.
Faham?”
Anggukan
Suhana membuatkan Faheem Hidayat diam dan memberi ruang pada Suhana supaya
berdiri di tengah-tengah pentas. Nafasnya dihela berat. Wajah setiap fasi dipandang satu persatu.
“Saya
Suhana binti Zamri daripada faku..”
“Tak
dengar. Kuat lagi!” jerit fasi yang berada di belakang dengan tersengih-sengih.
Suhana menjeling.
“Saya
Suhana bt Zamri dari fakulti pengurusan perniagaan meminta maaf!” jerit Suhana
sekuat hati. Hatinya puas. Dalam masa yang sama dia berasa lega. Ingin saja dia
melampiaskan amarahnya pada Faheem Hidayat.
“Bagus!
By the way, minta maaf ke marah tadi?”
“Dua-dua.”
“Pardon?”
“Minta
maaf!” kelam kabut Suhana menukar jawapan. “Okey, kamu boleh duduk.”
Usai
tunduk maaf pada Faheem Hidayat, terburu-buru Suhana berlari mendapatkan
Zafira. Wajahnya disembamkan ke arah Zafira. “Wei, aku malu!”
Tersengih-sengih
Zafira memandang rakannya. Dalam hatinya dia bersorak. ‘Padan muka.’ Ingin saja
dia menyerang Suhana dengan ayat itu tapi tidak kesampaian. Sudahlah baru kenal
nanti entah apa pula gadis itu akan fikir.
Belakang
Suhana digosok lembut sambil matanya memandang ke depan. Risau juga jika asyik
melayan Suhana nanti dia pula bakal ‘dijemput’ ke depan. Tiba-tiba matanya
terpandang renungan tajam daripada ketua fasi, Faheem Hidayat. Cepat saja
Zafira melarikan matanya.
“Fuh…”
Nafas
yang dihela tersekat-sekat. Ini semua gara-gara pandangan Faheem Hidayat.
Zafira mencebik. Disebabkan wajah garang yang dimiliki lelaki itu tak
pasal-pasal jantungnya terkejut. Perlahan-lahan tangannya diletakkan di dada.
Matanya kemudian mencari kembali anak mata lelaki itu. Tapi malangnya, lelaki
itu sudah pun berlalu ke belakang dewan.
FAHEEM Hidayat menajamkan matanya ke arah pelajar-pelajar baru di
depannya. Hatinya berasa geram. Selama dia menguruskan proses orientasi tidak
pernah berlaku begini. Pandangannya dialihkan pula pada gadis yang membuat hal
dengannya. Geram sungguh. Langsung tidak menghormati senior. Namun pandangannya
terpaku pada gadis bersebelahan Suhana. Siapa dia? Terkejut Faheem tatkala
gadis itu melarikan pandangannya. Faheem berdehem perlahan. Mukanya berasa
panas akhirnya dia membawa diri ke belakang dewan. ‘Hish, berani betul dia
larikan diri daripada pandang aku? Budak tu sepsis tak takutkan aku ke?’
Faheem
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jiwanya memberontak dan tidak mahu
mengalah. Tapi matanya tidak sempat mengenal gadis itu. ‘Ah, lain kali pasti
ada. Asalkan ada budak kecoh tu pasti budak perempuan itu ada sama,’ fikir
Faheem sambil mengangguk kepala.
Eheemmm...baru baca...maaf Faa..selama tak punya kesempatan membacanya..permulaan yg baik n nak sambung baca bab 2 pulak
ReplyDelete