pesanan :
JANGAN BACA kalau sedang makan minum atau KALAU TIDAK SUKA dengan tajuknya :) tiada paksaan. Sekadar cerita untuk menghilang tensi semata-mata.
JANGAN BACA kalau sedang makan minum atau KALAU TIDAK SUKA dengan tajuknya :) tiada paksaan. Sekadar cerita untuk menghilang tensi semata-mata.
LAGU Taylor Swift
kerap bermain dibibir Puteri sambil tangannya cuba menenyeh kotoran degil yang
melekat pada baju kurung yang dipakainya semalam. Kurang ajar betul kotoran
degil ni. Puteri membaling kain tersebut dengan kasar. Geram!
Puteri mencari-cari ibu
tirinya. Ini semua gara-gara si Roza. Sudahlah kotorkan baju boleh pula buat
bodoh. Kembang kempis hidung Puteri menahan amarah. Kakinya melangkah laju dan
kuat persis Giant dalam animasi Doraemon cuma yang berbeza hanyalah susuk tubuh
Puteri yang cantik bak model antarabangsa.
“Aunty Rooooozaaa… where
are youuu? Yuhuuu…” panggil Puteri.
Roza sudah menggigil
ketakutan di sebalik pintu bilik air. Semenjak kematian ayah Puteri tiga tahun
lepas, Roza dan dua orang anak perempuannya sering dihambakan oleh Puteri.
Kasihan Roza. Berbeza sungguh dengan kisah dongeng Cinderella yang dia baca
dulu.
“Baaa!”
“Omak terkejut!!” Puteri
berketawa lantang.
“Eh? Aunty Roza buat apa
kat sini? Curi tulang?”
“T..tak.” Roza menggeleng
laju.
“Kalau tak… pergi dapur!
Masak sekarang! Aku dah lapar. Pergi ajak anak-anak aunty tu sekali. Dasar
pemalas! Pergi! Kalau dah siap nanti panggil aku. Aku nak tidur.”
Tubuh Roza ditolak kuat.
Hampir tersembam Roza dibuatnya. Air mata dan hingus yang mula meleleh dilap
rakus. Puteri memandang jelek. Eew…
IPAD ditangan
dimain-main. Lagu Taylor Swift dipilih. Tak habis-habis dengan Taylor Swift.
Esok ulang tahun kelahirannya yang ke 22. Pasti banyak magis yang
rakan-rakannya ingin tunjukkan. Puteri sengih sambil membayangkan Afiq, lelaki
‘hot stuff’ yang singgah dalam mimpinya setiap hari. Tapi lelaki itu sering
saja melayan Ayfa lebih. Geram Puteri dibuatnya.
Entah apa yang Afiq
nampak pada Ayfa. Sudahlah pakai cermin mata tebal pandang orang macam tak
pernah jumpa. Seram.
I don’t know about
you,
But I’m feeling 22
Everything will be
alright
If you keep me next to
youuu…
Lagu 22 menjadi pilihan.
Mentang-mentanglah esok hari lahirnya ke 22.
“Saya datang ni…” bulu
roma Puteri mula menegak. Siapa yang menyampuk tu? perlahan-lahan Puteri
menoleh ke belakang. Hampir terbeliak mata Puteri memandang seorang wanita yang
sungguh anggun dengan set persalinan permaisuri dalam cerita dongeng.
Puteri terlopong.
“Mak cik ni siapa?”
Dum! Wanita itu hampir
terjelopok dek terkejut. Mak cik kau panggil?
“Nama aku Ruby,
Permaisuri Kerajaan Hidung Penyet.”
“Hah? Buahahaha…
kerajaan Hidung Penyet? Tang mana letaknya kerajaan tu wahai Permaisuri?”
“Ehem! Kerajaan itu
terletak di tengah-tengah antara kerajaan Mata Bundar dan kerajaan Mulut Banyak.
Sudah, sudah! Kalau beta terangkan pun kamu tetap tak faham.”
Puteri menekup mulut
menahan ketawa.
“Kenapa Permaisuri
datang sini?”
“Aku datang sini kerana
ingin sumpah kau!” suara Permaisuri Ruby itu menjadi sedikit kasar hingga
membuat Puteri tidak keruan.
“Sum… sumpah apa pulak
ni Permaisuri? Jangan main-main.”
“Heh! Disebabkan kau
berhidung tinggi, aku sumpah kau…”
“Eh, cup! Cup! Aku
memang dilahirkan hidung tinggi dan mancung. Jangan sumpah aku disebabkan
hidung aku, tak masuk akal langsung!”
Pap! Permaisuri
Ruby memegang kepala. Sakit pulak melayan si Puteri bongkak ni.
“Eh, kamu ni tak belajar
bahasa melayu ke kat sekolah dulu? Penat cikgu kamu mengajar! Suka hatilah, kau
faham atau tidak beta tetap ingin menghukum kamu dek kerana perangai kamu yang
bongkak dan tidak hormat orang tua. Beta sumpah sepanjang hidup ini, kamu akan
hidup dalam keadaan yang penuh malu. Bulu hidungmu akan mengurai di sepanjang
jalan… Eh! Bukan. Sekadar mengurai hingga ke buku lali. Beta sumpah kau…
beta sumpah kau…”
Satu cahaya tiba-tiba
menerpa ke arah Puteri hingga gadis itu menjerit ketakutan.
“Hihihi…” Permaisuri
Ruby ketawa kecil.
Puteri mengangkat
kepala. Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati bulu hidungnya benar-benar
mengurai. Benar! Matanya tidak menipu.
“Huk, huk… Gelinya…”
Puteri menangis sambil tangannya bermain dengan bulu hidungnya yang berbau
syampu. Nasib baik wangi.
“Itulah balasan atas
perangai buruk kamu. Beta pergi dulu!”
“Nanti! Bagaimana nak
hapuskan sumpahan ni? Saya tak sanggup wahai permaisuri. Lepaskanlah saya…”
pinta Puteri.
“Hanya dengan satu cara
saja. Carilah cinta sejati iaitu lelaki yang benar-benar cintakan kamu. Bukan
hanya sekadar kamu cintakan dia.”
Senyum.
Ting! Permaisuri
Ruby terus hilang dari pandangan. Sedih. Puteri terjelopok di sisi katilnya.
Bulu hidungnya yang mengurai digenggam erat. Sob.. sob… Kurang asam punya
Permaisuri Kerajaan Hidung Penyet. Macam tak ada benda lain hendak disumpah.
Tok! Tok! Tok!
Puteri terkejut.
Habislah!
“Puteri… makanan dah
siap,” jerit Roza diluar kamar Puteri.
“Erk… iya! Nanti aku
datanglah, kau pergi dulu.”
Roza akur. Kakinya
dibawa menghampiri mesin basuh. Hampir saja Roza menangis tatkala memandang
baju yang berbakul-bakul diletakkan berhampiran mesin basuh.
“Huu… gila punya anak
tiri. Aku jaga kau, tapi ini yang kau bagi? Huu…” air mata mula mengalir laju
bak air terjun.
PUTERI mengintai di
ruang dapur. Bimbang pula jika si kembar kurus itu melintasi ruangan tersebut.
Kurus bukan sekadar kurus. Kurus si kembar boleh melayang hingga ke Genting
Highland jika ditiup angin. Puteri merengus. Kakak-kakak tirinya bukan boleh dipercaya
sangat. Setelah memastikan tiada sesiapa, Puteri terus membuka langkah
menghampiri meja makan.
Tudung saji dibuka. Hidungnya
dikembangkan sedikit bagi mengambil bau makanan. Tiba-tiba…
“Uhuk, uhuk. Kurang asam
punya bulu hidung! Mengganggu konsentrasi betullah, huh,” marah Puteri lantas
menyelit bulu hidungnya ke belakang telinga. Kerusi ditarik laju. Pinggan nasi dicapai.
“Ketam masak cili api!
Nyumm…” Puteri baru menyua ketam ke mulutnya tapi sekali lagi terganggu dek
bulu hidungnya yang mula jatuh mengurai.
“Urgh!! Tensionnya aku
macam ni!”
Ketam tersebut diletak
kembali ke dalam pinggan. Puteri sudah berputus asa. Dia perlu mencari cinta
sejatinya. Puteri bangkit. Dia perlu ke kolej. Ingin mencari Afiq. Hanya Afiq
cinta sejati aku, fikir Puteri.
Sebaik saja tombol pintu
biliknya dipulas, dia dikejutkan dengan kehadiran dua orang kakak tirinya.
Entah siapa yang sepatutnya terkejut pun tak tahu.
Aby dan Baby menjerit
seperti terkena histeria lagaknya.
“Mama! Mama… han… han..
hantu!!” jerit Baby. Terkocoh-kocoh Roza menghampiri dua orang anaknya.
“Mana hantu?”
“Tu…” mereka berdua
menghalakan telunjuk pada Puteri.
Roza berpaling. “Allahu
Akbar!”
Pengsan.
“Mama? Erk… baby, jom
kita buat-buat pengsan tepi mama,” bisik Aby. Perlahan-lahan Aby dan Baby
melutut kemudian buat aksi terlentang. Pengsanlah kononnya. Puteri tergamam.
Tanpa berlengah Puteri segera mendapatkan penutup mulut dalam lacinya. Dia
ingin segera ketemu dengan Afiq.
“Erk… kau orang
pengsanlah sampai bila-bila. Bye!”
PUTERI menanti di bawah pohon yang agak rendang di
depan kolej. Menanti kehadiran Afiq. Penutup mulut dikemaskan sementara bulu
hidungnya dibawa ke belakang dan disimpul bersama rambutnya yang tersedia
panjang.
Kakinya menggedik. Resah
menanti.
Tiba-tiba hatinya
dirundum perasaan benci. Hangat sungguh dirasakan. Afiq dan Ayfa dilihat
berpegangan tangan. Kelihatan mesra sangat. Disebabkan terlalu berang, Puteri
terus mendekati pasangan tersebut lantas memutuskan pegangan tangan antara Afiq
dan Ayfa.
Ayfa terpinga-pinga
memandang Puteri.
“Kau kenapa?”
“Heh, kau tanya aku
kenapa? Aku sepatutnya tanya, kau buat apa dengan boyfriend aku?”
“Hah?” Afiq sudah
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Lengan Ayfa ditarik supaya
mendekatinya.
“I minta maaf Puteri,
tapi Ayfa ni wife I. Sudah tiga bulan kami kahwin dan sekarang Ayfa
sedang hamil anak sulung kami,” terang Afiq membuat Ayfa tersipu.
Puteri terlopong dan
tanpa disedari penutup mulutnya mula jatuh ke tanah. Ayfa terkebil-kebil. Gulp!
Biar betul mata aku ni? “Abang…” Lengan Afiq diraih dan cuba bersembunyi di
belakang lengan Afiq.
“Puu… puteri? Apa dah
jadi ni? Kenapa bulu hidung awak mengurai sangat ni? Ehh… tiba-tiba kerinting
pula,” soal Afiq. Puteri terpana. Kerinting?
Berpinar matanya saat
bulu hidungnya mula panjang dan berkerinting bak mi segera. Puteri mula
kelemasan.
“Afiq! Tolong I Fiq. I
tak nak jadi macam ni. Hanya you aje cinta sejati I. Fiq, tolong i…” Jemari
Afiq cuba diraih tapi Afiq terlebih dahulu menepis.
“Tak. I cuma cintakan
Ayfa. Hanya Ayfa. Sayang, jom kita pergi.”
Puteri ditinggalkan
terpinga-pinga dengan hembusan angin yang kuat menerbangkan helaian bulu
hidungnya yang kerinting. Dia mula rebah. Afiq sudah pergi tinggalkannya. Siapa
lagi yang mahu menjadi cnita sejatinya? Puteri menghamburkan tangis
semahu-mahunya. Pokok yang rendang itu menjadi tempat untuknya bersandar.
Puteri cuba menghela nafas tapi tersekat.
Hidungnya disentuh. Erk…
cecair apakah? Alamak! Hingussss…
“Itulah, siapa suruh
beria sangat menangis! Wuuu…” marah Puteri. Wajahnya disembamkan pada lututnya.
Malu hendak mengangkat mukanya tika itu.
Bunyi derapan kaki yang
semakin mendekat mendebarkan Puteri.
“Nah… janganlah
menangis.” Sapu tangan dihulur.
Siapa? Puteri terus
mengangkat kepalanya lalu memandang gerangan yang menghulurkan sapu tangan
padanya. Erk! Shaqir?
“Puteri! Awak ke tu?”
Badan Puteri menegak.
Kenapa perlu Shaqir yang ditemukan? Puteri menggigit bibir.
“Yalah, aku! Kau nak apa
datang sini?”
Shaqir sengih hingga
menampakkan pendakap gigi yang dipakainya. Warna hitam! Dah macam gigi rongak
pula. Eeww… sudahlah rambut berminyak entah berapa botol minyak rambut yang
dipakai. Ditambah pula dengan baju kotak-kotak yang dibutang penuh. Puteri
memandang Shaqir dengan pandangan malas.
“Saya nampak macam ada orang
menangis, jadi saya nak bagi sapu tangan tapi tak sangka pula itu awak Puteri,”
ujar Shaqir kemudian mengambil tempat di sebelah Puteri.
“Apa dah jadi dengan
awak, Puteri?”
Puteri mengeluh. Mata
Shqir ditenung lama. Tiba-tiba dia teringat akan Permaisuri Ruby dari Kerajaan
Hidung Penyet.
“Hanya dengan satu cara
saja. Carilah cinta sejati iaitu lelaki yang benar-benar cintakan kamu. Bukan
hanya sekadar kamu cintakan dia.”
“Erk… Shaqir, kau suka
dekat aku tak?”
Mata Shaqir mula
bersinar. Kepalanya diangguk laju. “Aku suka kau! Kau suka aku tak?”
Urgh! Puteri
menjulingkan matanya ke atas. Tangan Shaqir diraih dalam keterpaksaan. “Macam
ni, sebenarnya aku…”
Bulat mata Shaqir
mendengar cerita Puteri. Cerita Puteri seolah-olah tidak masuk akal tapi
berdasarkan pemerhatian, kejadian sumpahan itu benar-benar terjadi. Melihat
bulu hidung puteri yang semakin panjang dan berkerinting itu sudah cukup
membuktikan cerita Puteri.
“Jadi… awak memang kena
cari cinta sejatilah?”
Puteri angguk.
“Erk! Kalau saya cakap
saya cinta sejati awak, awak percaya tak?”
“What?! Tak
mungkinlah! Aku tak cintakan kau, aku langsung tak sukakan kau!”
Puteri bangkit dan cuba
menjauhkan diri daripada Shaqir. Kakinya dibawa berlari hinggalah dia tersadung
dan pengsan! Erk, pengsan? Shaqir termangu sendiri. Macam mana boleh pengsan?
Wajahnya didekatkan
dengan muka Puteri. Puteri kelihatan kaku dan tidak bergerak. Seolah-olah
sedang nyenyak dibuai mimpi. Shaqir meletakkan hujung jari telunjuk di bibirnya
seolah-olah sedang berfikir.
Perlahan-lahan Shaqir
mengukir senyum.
“Awak cakap awak kena
sumpah kan dan… sumpahan tu akan hilang kalau awak temui cinta sejati. Saya
rasalah kan, hanya saya yang cintakan awak. Tapi, menurut cerita dongeng macam snow
white… ahh! Tak pun sleeping beauty, dia orang akan sedar lepas kena
cium.”
Cium? Wargh! Aku nak
bangun, sedarkan aku! Permaisuri Ruby!! Hati Puteri meronta-ronta minta
disedarkan daripada tidurnya. Dia bukanlah pengsan tapi dengan secara tiba-tiba
tubuhnya kaku dan matanya mula terkatup rapat.
“Jadi, kalau saya cium
awak nanti pasti awak akan sedar dan sumpahan tu pasti hilang.”
Bersungguh-sungguh Shaqir menjelaskan pendapatnya.
Shaqir, kau jangan
berani-berani nak cium aku!! Sekali lagi Puteri melarang namun hampa. Cuma
hatinya yang mampu berbicara. Wuu… bebaskan aku wahai Permaisuri Kerajaan
Hidung Penyet. Aku janji, aku bakal berubah. Aku akan layan Aunty Roza dan
anak-anaknya dengan elok. Aku tak akan menggedik dengan Afiq lagi. Aku takkan
bongkak lagi. Tolonglah…
“Aku cium sekarang!”
tekad Shaqir.
Bibir dimuncungkan dan didekati
wajah Puteri perlahan-lahan. Sikit lagi bibir Shaqir ingin menyentuh dahi
Puteri. Sikit lagi…
Permaisuri Ruby,
tolong!! Puteri berjanji Puteri akan berubah, lepaskan Puteri!
Kedengaran satu ketawa
kecil singgah ditelinganya. Itu suara Permaisuri Ruby! Fikir Puteri. Permaisuri
Rub…
GEDEBUKK! Bukk, bukk!
Begitu sadis sekali
tubuh Puteri bergolek gara-gara terjatuh daripada katil tiba-tiba… Dum!
“Aduh…” Puteri menggosok
kepala yang sakit gara-gara terhantuk almari pakaiannya. Perlahan-lahan matanya
dibuka. Dia mula terkebil-kebil.
Eh? Tempat ni…
Tok! Tok! Tok! Puteri
tersentak.
“Puteri… makanan dah
siap,” seru Roza. Sekali lagi Puteri terkedu. Persis sekali dalam mimpinya.
Langsir yang tergantung di birai tingkap biliknya terbuai-buai dek angin yang
meniup. Puteri bimbang. Adakah Permaisuri Kerajaan Hidung Penyet bakal datang.
Everything will be
alright
If you keep me next to
youuu
Suara itu… lagu Taylor Swift! Tak… tak mungkin semua ni bakal
terjadi. Puteri menjerit kecil sambil menekup telinganya.
“Puteri kenapa?” Roza
sudah tegak berdiri di muka pintu. Terpinga-pinga dengan situasi sekarang. Kenapa
menjerit?
“Tu… lagu tu… aunty
dengar tak??”
“Dengar, kenapa? Bukan telefon
Puteri ke yang berbunyi?”
Aik! Puteri mengangkat
kepala. tangannya menggagau telefon yang terletak di atas katil. Telefonnya dipandang
lama. “Ha’ah. Memang telefon Puteri,” bisiknya.
“Erk… Puteri. Aunty Roza
dah siap masak. Per…pergilah makan.”
“Masak? Aunty masak apa?”
soal Puteri sedikit bongkak. Masih tidak berubah.
“Ketam masak cili api.”
“What?!”
“Aunty keluar dulu.” Bersepah
wanita itu berlari meninggalkan bilik Puteri. Bimbang jika dijerkah sekali
lagi.
Roza menghampiri mesin
basuh. Hampir saja Roza menangis tatkala memandang baju yang berbakul-bakul
diletakkan berhampiran mesin basuh.
“Huu… gila punya anak
tiri. Aku jaga kau, tapi ini yang kau bagi? Huu…” air mata mula mengalir laju
bak air terjun.
Puteri yang mengintip di
belakang dinding itu terlopong. Persis sekali dengan mimpinya! Mungkinkah… Tiba-tiba
dia teringat sesuatu. Bilik! Kakinya segera berlari ke bilik tidurnya. Benar telahannya.
Kelihatan Abby dan Baby
sedang berjimba dalam biliknya. Kembang kempis hidungnya. Geram. Tak padan
dengan kurus kering tapi ada hati nak cuba pakaiannya.
“Hey!!” jerit Puteri. Pancaran
cahaya yang sekilas mengejutkan Puteri. Terus dia teringat akan Permaisuri
Kerajaan Hidung Penyet. Gulp!
“Erk… maaf Puteri. Maaf.
Kami tak sengaja. Kami pun nak baju cantik untuk majlis esok.”
Puteri menghela nafas
panjang. Abby dan Baby dihampiri. Manakala mereka berdua menggigil ketakutan. Puteri
ketawa kecil.
“Janganlah takut. Aku…
aku sebenarnya nak minta maaf. Aku tak sepatutnya layan kak Abby dan kak Baby
kasar macam tu. Sudi tak kakak berdua maafkan Puteri?”
“Puteri minta maaf?”
“Ya, maafkanlah Puteri.”
Puteri menunduk. Dia sedar akan khilafnya dulu. Dirinya tidak dapat menerima
kehadiran Roza dan anak-anaknya yang secara mendadak.
“Kami maafkan.”
Puteri berpaling. Aunty Roza
sedang senyum padanya. Tanpa berlengah, tubuh aunty Roza segera dipeluk kemas. Betapa
dia merindui belaian seorang ibu.
“Erk… kami… kami nak
peluk sekali boleh?” pinta Baby dan Abby takut-takut.
“Come.”
“HAPPY Birthday to you…
happy birthday to you… happy birthday to Puteri Khaky, happy birthday to you!!”
Puteri segera meniup
lilin. Tepukan gemuruh diterima. Acara memotong kek diteruskan oleh kembar
kurus. Mata Puteri meliar memandang
sekeliling. Dia ingin mencari seseorang. Sejak dia tersedar dari mimpi semalam,
fikirannya tidak henti-henti memikirkan Shaqir. Lelaki itu berjaya mencari
tempat di hatinya.
Puteri senyum sendiri.
“Puteri, sweet 22.”
“Ayfa? Mana Afiq?”
“Nah, for you.” Afiq tiba-tiba
datang daripada belakang dan menyerahkan sepotong kek kepada Ayfa.
“Kau orang dah kahwin
kan?” teka Puteri. Afiq dan Ayfa tergamam.
“Belum. Tapi Insya Allah
selepas habis belajar ni. You okey ke?”
“Mestilah I okay. Eh, I nak
pergi sana kejap. You all berdua makanlah dulu.”
Angguk. Afiq dan Ayfa
saling berpandangan. Pelik.
Puteri ke hulu ke hilir
cuba mencari kelibat Shaqir tapi tiada. Dia berlabuh di kerusi berhampiran
kolam mandi. Mana kau?
“Hai, sorang aje?”
“Hmm…” jawab Puteri
malas. Siapa pulak lelaki ni? Orangnya hensem tapi… dia nak Shaqir jugak!
“Puteri, you tak kenal I
ke?”
Geleng.
“Ini sayalah.”
“Hish, saya tu siapa?!”
“Saya Shaqir.”
Puteri terkebil-kebil. Shaqir?
Tapi kenapa nampak hensem sangat? Puteri menenyeh matanya berkali-kali. Perlahan-lahan
bibirnya mengukir senyum. Tapi senyumnya tiba-tiba pudar tatkala terpandang
seseorang yang merapati Shaqir.
“Permaisuri Ruby,” bisik
Puteri.
“Eh, macam mana awak
tahu nama mak cik saya?” soal Shaqir.
“Hah? Mak cik awak?”
“Ya, mak cik saya ni ada
restoran sendiri tau di Bandung. Restoran apa mak cik Ruby?”
“Restoran Nasi Ayam
Penyet!” jawab Ruby selamba.
“Hah?” hampir saja
Puteri ketawa keras. Dia teringat akan mimpinya tentang Permaisuri Kerajaan
Hidung Penyet.
“Jom kita ke sana.” Puteri
angguk.
“Shaqir saya… sebenarnya
saya…”
“Awak sukakan saya?”
“Mana awak tahu?”
Senyum. “Daripada riak
wajah awak saja saya dah tahu yang awak memang jatuh suka dengan lelaki yang
bernama Shaqir. Bukan Shaqir yang ini tapi Shaqir yang selekeh dulu,” ujar
Shaqir sedikit berbisik.
Puteri mengangguk. Dia mula
tersipu-sipu. Sejak bila si Shaqir ni mandai romantic-romantik macam ni.
“Kejap, saya nak tanya. Mak
cik awak tu sebelah mak atau ayah awak?”
Shaqir ketawa.
“Sebenarnya itu bukan
mak cik saya. Saya jumpa dia dekat luar rumah awak tadi itu yang saya ajak
masuk. Kesian dekat dia. Nampak macam takut-takut aje.”
“Hah?” Puteri terus
memandang ke arah Ruby yang sudah bertukar pakaiannya persis Permaisuri Ruby
Kerajaan Hidung Penyet. Permaisuri Ruby senyum manis padanya lantas menaikkan
ibu jari ke atas sebelum terus menghilangkan diri dalam satu kelipan cahaya. Ting!
The end.
(muahahaha jangan marah ya…)
(muahahaha jangan marah ya…)
Dongeng tak realiti ....tp nice story!! Kipidap ! Dongibab!
ReplyDeleteterima kasih Cahaya Princess
Deleten_n
hahahaha...sorry dear, baru sempat baca sampai habis n komen... ^^
ReplyDeletebest ohhh...
tapi mak tiri? you lik...serious? hahahaha
kihkihkih.. time ni fenomena kenakan orang la kembar
Delete