Saturday, February 14, 2015

Pemilik Hati Abang Surau [bab 10]




10


B
ERDEKAH-dekah Suhana dan Wanie mendengar cerita Zafira. Apartmen yang mereka diami kuat bergema dengan ketawa mereka. Zafira sengih. Kisah yang berlaku ketika latihan semalam diceritakan kepada rakan serumah. Sewaktu dia melihat riak muka Faheem Hidayat tika itu turut berasa kelakar. Padan muka. Zafira puas.
      Segala perihal Faheem Hidayat, Zafira cuba korek daripada Afiq. Dia fikir Afiq bertegas tidak mahu ceritakan padanya tapi ternyata dia salah. Afiq farhan selamba bercerita padanya.
      “Gilalah kau, Fira. Boleh pulak kau buat tak tahu dengan Abang Ketua tu.”
      Suhana angguk.
      “Entahlah kau ni Fira. Sudahlah buat tak tahu, boleh pulak kau pergi main game Pou. Haru Abang Ketua kita. Berbuih mulut nak melayan kerenah kau,” sampuk Suhana.
      Sengih. “Padan muka dia. Siapa suruh cari pasal dengan Z.A.F.I.R.A. ? Lagi satu, aku try korek rahsia dia daripada Abang AF. Dia melenting kut. Haha. Dia belum kenal lagi siapa aku.” Zafira gelak jahat.
      “Kita orang pun tak kenal lagi kau. Takutlah aku…”
      Wanie berpura-pura seram. Lengan Suhana dipaut kemas. “Macam mana kalau kau pun nak kenakan kita orang?”
      Pap! Lengan kedua-keduanya ditampar oleh Zafira.
      “Amboi… tak sayang mulut eh? Aku buat macam tu dekat Dayat seorang je.”
      “Alaa, relakslah. Aku gurau je. By the way, kenapa kau panggil Abang Ketua tu Dayat? Apasal tak panggil Abang Faheem tak pun Faheem. Itupun kalau kau geli nak sebut perkataan abang,” tanya Wanie.
      Senyum. Dia ada sebabnya sendiri. Tak mungkinlah dia ingin beritahu rakan-rakannya. Macam tak seronok. Lagipun, dia panggil Dayat sebab perkataan itu lebih sesuai bagi seseorang yang takut tinggi seperti Faheem Hidayat. Lebih kurang macam perkataan gayat. Zafira sengih lucu.
      Lengan Zafira dicubit.
      “Auch!”
      “Sakit?” tanya Suhana. Angguk.
      “Kita orang tanya tapi boleh pulak kau sengih-sengih macam kerang busuk. Rahsia sangat ke?”
      Angguk lagi. “Rahsia sangat-sangat!”
      “Hek eleh! Poyolah kau.”
      Tiba-tiba Zafira teringat sesuatu.
      “Eh, Wanie. Apasal kau tak join latihan tu, bukankah kau pun masuk kelab tu kan?”
      “Kau lupa eh? Aku dengan Ika kan Ajk. Secara automatik, kita orang dah jadi ahli dan tidak diwajibkan untuk ikut latihan. Kalau nak jenguk-jenguk tak kisah. Unless, kalau ada aktiviti rasmi. Haa, itu wajib!” terang Wanie. Bibir Zafira mula terukir huruf ‘O’.
      Wanie disebelah dijeling hingga tidak tentu arah gadis itu dibuatnya.
      “Kenapa tengok aku macam tu?”
      “Cemburulah tu,” jawab Suhana bagi pihak Zafira.
      “Hesh, mana ada!” nafi Zafira tergagap-gagap. Bantal ditarik lantas berbaring.
      Wanie sengih. Dia terpilih menjadi Ajk pun disebabkan dia rapat dengan senior Fiya. Dia dan Ika sama-sama berpakat menunjukkan minat dalam Kelab Rekreasi. Jadi, mereka berdua tidak perlu bersusah payah menyertai latihan pemilihan ahli.
      Senyap dan sunyi.
      “Fira…” tegur Suhana.
      “Kau ada hati dekat Abang Faheem, eh?”
      Zafira terkejut dengan tuduhan Suhana. “What?!” Bantalnya ditarik lalu dibaling pada Suhana. Suhana dan Wanie ketawa kuat.
      ‘Agaknya mereka berdua dah hilang akal. Ada ke patut cakap aku ada hati dengan si gayat tu?’ Zafira mula meremang. Mimpi ngeri buatnya.


JAJAN ditangannya dimakan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Animasi Naruto yang bermain dalam laptopnya, Fariz pandang. Plastik jajan yang sudah kosong diletakkan ke tepi.
      “Opocot sampah tergolek!” latah Fauzan apabila terlanggar plastik makanan yang dibuang Fariz. Dehem. Fauzan cuba mengawal perangainya. Segan juga melatah di depan geng.
      Fariz yang mengekeh-ngekeh ketawa terdiam. Jelingan Fauzan itu ditelan. Perlahan-lahan dia memalingkan wajah. Lalaalaa… Matanya kembali memandang laptop.
      “Aku tahu kau nak gelak lagi. Siaplah kau kalau kau beritahu pasal latah ni,” ugut Fauzan. Fariz sudah tersengih. Lelaki didepannya terlalu takut untuk mendedahkan kelemahannya sendiri. Bimbang kalau-kalau hilang kemachoannya. Ini semua poyo!
      Tiba-tiba kedengaran satu ledakan ketawa yang kuat. Fauzan terkejut. Dia cuba mencari-cari gerangan yang ketawa. Dahinya mula terukir garis-garis halus. Suaranya seperti Afiq, tapi matanya tidak dapat menangkap susuk tubuh kawannya itu.
      Sengihan Fariz menimbulkan tanda tanya.
      “Weh, mana kau sorok si Afiq tu? Tadi aku dengar suara dia.”
      Fariz menyinis. “Apa pulak sorok. Ni, ada je sebelah aku.”
      “Oit, berbungkus-bungkus bak hant…” mulutnya ditekup laju.
      Sekali lagi Fauzan melatah apabila melihat Afiq yang berbungkus di dalam selimut di ruang tamu. Betul-betul bersebelah Fariz. Macam mana dia tidak perasan? Fauzan menggaru kepala.
      “Haa, melatah lagi! Kau ingat aku tak tahu rahsia terbesar kau? Nak sorok-sorok konon. Ceh!” usik Afiq Farhan.
      Fariz dipandang. Segan pula dengan geng barunya.
      “Err, alaa. Kau ni Fiq, janganlah cakap macam tu. Malulah aku dekat Fariz. Sudahlah budak ni baru join geng kita.”
      “Malu ke tak ada aku kesah? Macam yang kau cakap tadi, Fariz dah jadi geng kita jadi tak salah rasanya dia tahu. Kau ni malu biarlah bertempat. Sweet apa lelaki melatah ni. Haha.”
      “Kau ingat aku ni sweet macam si Daniel tu ke? Heh!”
      “Aku tak cakap pun. Lagipun, kau mana boleh disamakan dengan Daniel tu. Musuh tradisi Faheem kut!”
      Sengih.
      “Musuh? Siapa?” soal Fariz yang masih termanggu-manggu.
      “Daniel. Budak tu memang dah lama dengkikan Faheem. Kau tahu tak? Daniel tu cuma dengkikan populariti Faheem sebenarnya. Tapi dia orang tetap kawan. Alah, biasalah. Dengki-dengki sikit,” terang Fauzan.
      Fariz angguk. “Aku pernah dengar nama tu tapi tak pernah jumpa.”
      “Dia budak engine dan ahli Kelab Rekreasi. Memang kau tak pernah jumpa. Kau tu budak ragbi. Ada juga yang nak kena luku kepala tu.”
      Klik! Bunyi pintu ditutup mengejutkan semua. Afiq mengangkat kepala kemudian menguap. Ingatkan siapa, rupa-rupanya Faheem. Senyumnya senget.
      “Aku dengar macam orang sebut-sebut nama Daniel. Kenapa, dia buat hal ke?”
      Kunci motor dibaling ke atas meja. Wajah satu persatu rakannya dipandang. Keningnya dijongket. Senyum dilontar. “Wah! Memang patut Daniel dengkikan kau. Lain kali kau mesti senyum selalulah Faheem.” Fauzan sengaja melopong.
      Geram dengan kata-kata Fauzan, Faheem terus membaling bantal.
      “Aduh!”
      “Jangan nak bandingkan aku dengan budak tu sangatlah. Hesh! Geli geleman pulak aku dengar ayat kau.” Lengannya digosok laju. Meski dia sering juga melepak dengan Daniel tapi dia pantang sekali apabila mereka membandingkan dia dan Daniel. Baginya, dia dan Daniel masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri jadi tidak perlulah disbanding.
      Faheem geleng kepala.


TAP, tap, tap!
      Laju saja Zafira melangkah. Dia ingin segera balik ke apartmen untuk bersiap-siap. Sebentar dia dan ahli kumpulannya hendak mencari tadika yang terdekat untuk melaksanakan kerja khusus. Sesekali jam di pergelangan tangannya dijeling.
      Ah, lagi setengah jam. Dia sudah berjanji ingin berjumpa dengan Sofea tepat jam 11.00 pagi. Jika dia gagal tepati masa Zafira sendiri tidak boleh bayangkan reaksi Sofea. Bukan hendak mengata tapi dia sendiri pun tidak suka lambat.
      Telefon bimbit di dalam beg sandangnya diselongkar sambil berjalan. Gara-gara Prof. Azlan ingin ketemu dengannya dia pasti tidak akan gopoh sebegitu.
      Sementara derapan kaki dilajukan Zafira terlupa bahawa dia sekarang sedang menghampiri jalan besar. Laluan kenderaan pelajar dan pensyarah kerap lalu-lalang. Tanpa memandang ke depan, Zafira terus berjalan sambil bermain dengan telefon.
      Pin! Pinpin!
      Bunyi hon yang kuat menyedarkan Zafira yang ralit dengan telefonnya. Kepalanya diangkat dan sreeett…. Bunyi tayar berdecit di atas jalan membingitkan telinga. Zafira rebah di sisi jalan. Tangannya sempat menongkat di atas tar bagi mengelak kepalanya terhempap batuan jalan. Sementara matanya perhati saja telefonnya yang sudah terpelanting di atas jalan.
      Daniel menelan liur.
      Tali pinggang keledarnya ditanggalkan segera. Tapi dia tidak terburu-buru keluar. Takut. Dalam masa yang sama dia mengutuk dirinya yang ralit melayan mesej daripada Afiq. Lelaki itu tidak habis-habis mendesaknya supaya hadir pada hari pemilihan terakhir ahli kelab esok.  
      Nafasnya dihela kemudian dihembus kuat. Berdebar-debar hendak melihat gadis yang dialnggarnya. Pintu  keretanya dibuka. Tubuh Zafira yang sedang menunduk itu didekati. Serba salah rasanya hendak menegur. Dia takut.
      “Err… adik tak apa-apa ke?” tanya Daniel sedikit gagap.
      Zafira mendongakkan kepalanya. Matanya yang bergenang menahan sakit itu tidak jadi menitis. Wajah tampan milik Daniel membuatkannya tergamam. Kesakitannya tidak lagi terasa. Begitu kuatnya penangan wajah kacak Daniel.
      Namun berbeza dengan Daniel. Dia fikir Zafira ingin marahkannya. Mata Zafira yang melekap pada wajahnya benar-benar membuatnya tidak keruan. Apakah salah satu urat dalam badan gadis itu sudah terputus? Sekali lagi liurnya ditelan.
      “Adik?”
      Tangan digawang-gawangkan di hadapan Zafira. Kemudian matanya beralih pada lutut Zafira.
      Daniel terkejut. Seluar Zafira sedikit koyak di bahagian lutut. Mungkin bergeselan dengan tar. “Dik, kaki adik cedera ni.”
      Zafira seolah-olah tersedar. Tiba-tiba rasa sakit itu kembali menyengat.
      “Aduh!” darah yang melekat pada lututnya itu membuatkan pening. Matanya segera dilarikan daripada memandang lukanya sendiri.
      Melihat keadaan Zafira itu Daniel terus mengukir senyum. Lucu dengan sifat Zafira.
      Zafira terkial-kial ingin bangkit. Segan dengan lelaki di depannya. “Mari abang tolong.” Daniel menawarkan diri. Memikirkan dirinya yang terkial-kial akhirnya Zafira angguk. Dia tidak sanggup berlama-lamaan di tengah panas.
      “Terima kasih.”
      “Sama-sama. Jomlah, abang hantar adik ke klinik. Cuci luka tu dulu.”
      “Hah? Err… tak apalah. Lagipun, saya dah lambat ni. Terima kasih sajalah abang…”
      “Daniel. Panggil abang, Abang Dan.”
      “Owh… okey, Abang Dan.”
      “Marilah kita pergi. Lagipun teruk tu,” ajak Daniel tidak berpuas hati.
      Zafira melarikan pandangan. Malas pula rasanya hendak berbahas dengan Daniel. Menyampah pula. “Tak apa. Tapi, kalau Abang Dan tak kisah boleh tak tumpangkan saya sampai depan apartmen sana?”
      Senyum.
      “Sure! Lagipun, semuanya salah Abang Dan. Kalau Abang Dan tak cuai tadi tak adalah sampai jadi macam ni.”
      Daniel menyalahi dirinya sendiri. Berkerut kening Zafira. Eh? Rasanya dia yang cuai. Hmm, tak apalah.
      Pintu kereta dibuka.
      Perlahan kakinya melangkah masuk. Dalam keperitan di lututnya dia menahan riak.Tidak mahu kelihatan lemah di hadapan lelaki yang baru dikenalinya. Daniel disebelah dipandang. Lelaki itu nampak terlalu ‘bajet’ tapi hensem.
      “Oh ya, adik ni nama apa?”
      “Huh? Oh, Zafira. But you can call me, Fira.”          
      Malas saja Zafira menjawab. Lebih baik dia melayan Faheem Hidayat. Daniel dianggap seperti kasanova kolej. Zafira meremang.
      Tapi…
      Zafira mengetap bibir. Tak pasal-pasal dia membandingkan Daniel dengan Faheem Hidayat.
      Stereng kereta dipulas laju ke kiri. Kereta dipakir elok di hadapan bangunan apartmennya. Brek tangan diangkat. Zafira senyum lega. Dia terlupa bahawa lututnya yang sakit dan terus berlalu keluar.
      “Ooo ma.. sakit kaki aku!” Zafira melatah. Daniel yang masih di dalam kereta dipandang. Nasib baik lelaki itu tidak perasan.
      Daniel meurunkan tingkap kereta.
      “Hati-hati, jangan lupa cuci luka tu!” pesan Daniel.
      Angguk. “Abang Dan! Thanks.”
      Sebaik saja kereta Daniel menderum pergi, Zafira terus menyambung langkahnya ke dalam bangunan apartmennya. Tiba-tiba langkahnya mati. Zafira kecut perut. Tergesa-gesa dia mencari jam di pergelangan tangannya.
      Ternganga.
      Sudah jam 11.15 pagi. Renungan tajam milik Sofea ditelan. Nampaknya Sofea bakal meletus. Namun, kehadiran ahli kumpulan yang lain turut mencemaskan Zafira.
      “Err… Peah,” panggil Zafira gugup.
      “Apa alasan kau? Setahu aku jarak kediaman dengan library dekat je. Sepuluh minit dah boleh sampai. Kau sendiri mesej aku yang kau dah keluar setengah jam yang lalu. Alih-alih kau sedang berabang sayang dengan lelaki tadi,” marah Sofea. Muka sudah mula merah.
      Zafira menggigit jari. “Wei, ak… aku minta maaf. Tapi, boleh tak kalau kau orang pergi aje tanpa aku?”
      Mata Sofea membulat. “Kenapa?”
      “Sebenarnya…” baru saja dia ingin bercerita tiba-tiba Fienaz menyampuk.
      “Fira?! Apasal lutut kau berdarah?”
      “Tadi, aku kemalangan sikit depan sana. Abang yang hantar aku tadi yang langgar then bawa aku balik.”
      Semua terlopong.
      “Hah? Apasal tak beritahu awal-awal tadi. Tak adalah berbuih mulut aku marahkan kau. Sorry Fira.” Sofea mula rasa bersalah.
      Fienaz dan Hanim angguk.
      “Iyalah. Tapi, kenapa pulak abang tu tak hantar kau pergi klinik? Bahayalah. Nanti terkena jangkitan kuman. Hish!”
      Gulp!
      “Err… sebenarnya aku yang tak nak dia hantar pergi klinik. Lagipun dalam rumah aku ada iodin dan ubat. Tak apa, nanti aku suruh Suha,” bohong Zafira.
      Sofea ketawa sinis. “Padahal takut kan?”
      Bingo! Sofea memang pandai meneka.
      “Okeylah kalau macam tu. Pastikan kau sapu ubat. Kita orang pergi cari dulu. Kalau ada nanti kita orang bagitahulah kat engkau. Jaga diri tau?”
      Senyum lantas angguk dengan nasihat Sofea.
      “Iya. Hanim, bawa kereta elok-elok tahu,” pesan Zafira.

      Zafira mengangkat kakinya agar segera berlalu. Penat. Sakit di lutut ditahan sedaya mungkin. Dalam diam keluhan keluar dari bibirnya.

No comments:

Post a Comment