KISAH CINTA PASANGAN PENAKUT
Oleh: Aeyfa Nasri
MEJA dapur yang sedikit kotor itu dilap berkali-kali dengan senyuman terukir di bibir. Senyuman yang lama-kelamaan itu kemudian bertukar sengih yang melebar. Sementara mata merenung dinding dapur seakan ingin tembus.
Kemudian terdengar ketawa kecil yang meletus dari bibir wanita itu.
“Hah, berangan!” sergah satu suara membuatkan bahu Saidatul sedikit terangkat. Saidatul kemudiannya menjeling ke arah pemilik suara.
“Awak ni kalau tak terkejutkan Sai memang tak sah, kan? Ey, saja nak Sai mati cepat.”
Saidatul menarik muncung. Kain buruk yang dibuat lap meja itu dibaling ke tepi. Kaki dibawa berlalu ke ruang tamu.
Fattah kelu. Telinganya yang tidak gatal itu digaru. Pelik dengan sikap isterinya. “Erk, sayang. Abang minta maaf. Abang tak sengaja. Alaa, sayang ni macam tak biasa pulak.”
Sekali lagi Saidatul menjeling. Geramnya... geramnya. Suaminya dari dulu hinggalah sekarang tak pernah reti nak memujuk. Saidatul menghela nafas berat.
“Awak ni...”
“Abang.”
“Kita sebayalah.”
“Nope!”
“Kejap!”
Fattah mengangkat kening. “Sai masih merajuk dengan awak tau? Jangan nak mengada tukar topik.”
“Tapi sayang...”
“Dah kira elok kita tak berkau-aku. Sai ni masih hormat suami Sai.”
“Faham.” Fattah akur. Namun dalam masa yang sama otaknya ligat mengintai akal yang bersembunyi disebalik sel-sel otak yang tidak berapa hendak berkembang. Bagaimana nak pujuk isterinya?
*****
“SAYANG!”
Saidatul kerling sekilas ke arah dapur. Dia takkan terpedaya! Matanya terus dipakukan pada skrin televisyen yang menayangkan drama melayu adaptasi novel itu
“Sayang, tolong abang sayang....” lirih Fattah.
“Arghhh!” Jeritan Fattah benar-benar mendebarkan Saidatul. Air liur ditelan. Perlukah dia bangun dan tengok?
Prang! Bunyi kaca yang berderai memeranjatkan Saidatul. Ini bukan lagi cubaan, ini betul-betul! Pantas kakinya dihayun memasuki dapur. Hampir terbeliak mata Saidatul melihat suaminya sudah terloncat-loncat di atas kerusi makan.
“Awak! Jangan melompat atas kerusi tu. Awak bukannya budak kecil lagi!”
Fattah pejam mata seketika. Oh tidak! Isteriku lebih menyayangi kerusinya lebih dari suaminya sendiri.
“Abang terpaksa sayang!”
Berkerut dahi Saidatul. Apa yang terpaksa? “Kenapa ni awak?” tanya Saidatul sedikit berlembut.
“Tu!”
“Apa?”
“Ituu...!” Jari telunjuk dihalakan ke arah muk kosong di atas kabinet. “Cuba sayang tengok.”
Saidatul seakan malas hendak melayan terus menjengukkan kepala mengintai ke dalam muk dan... “Makkk!!”
Gedebuk! Bukk!
“Aduh!” Saidatul mengaduh kecil apabila badannya tergolek jatuh mengena kaki kerusi. Wajah suaminya dicari lalu dijeling. Dengan wajah yang pucat, Fattah mengoyak sengih.
“Awak...”
Eh? Fattah tercengang. Fikirnya isterinya bakal letuskan api. “Erk, sayang okey?”
Tangisan mula sayup kedengaran.
“Sayang janganlah menangis. Kenapa ni?”
“Awak pergi buang benda tu.”
“Hah?! Erk, tak boleh!”
“Kenapa?”
“Sebab...sebab tak bolehlah.”
“Abang tolonglah...”
Fattah memandang Saidatul yang separa merayu. Telinga aku tak silap dengar kan? “Erk, panggil sekali lagi.”
Saidatul merengus.
“Awak.”
“Tak. Sebelum tu, sayang panggil abang. Sejuk telinga abang dengar. Cuba panggil sekali lagi.”
Saidatul menggigit bibir. Kenapalah aku takut dengan benda alah tu? Hish, perlu mengalah sekarang ke? Saidatul menggeleng kepala.
“Hah, kenapa tergeleng tu? Sayang buanglah kalau macam tu. Abang pun takut!”
“Abang, tunggu!” halang Saidatul. Bertambah geram apabila melihat suaminya melangkah dari satu kerusi ke satu kerusi. Mahu patah kerusi tu nanti.
“Ya, sayangku Saidatul? Cuba kuat sikit.”
“Abang dah tak sayang Sai ke?”
“Eh, kenapa cakap macam tu? Abang sayang, sayang sesayang sayangnya. Ha, banyak sayang tu.”
Saidatul menahan diri dari ketawa. Suaminya jika tak buat lawak jenaka memang tak sah. Ini mesti gagal dalam ujibakat Maharaja Lawak sebab tu buat lawak dalam rumah.
“Abang ni...!”
“Iye...” Fattah kemudiannya perlahan-lahan turun daripada kerusi. Liur yang ditelan terasa kelat dan tercekik. Lelaki itu terbatuk kecil. Sesekali Fattah berpaling ke arah isterinya lalu membuat muka comel.
Saidatul menahan senyum. “Cepatlah.”
Nafas dihela sedalamnya. Dengan langkah yang perlahan Fattah menghampiri muk. Matanya sesekali terpejam apabila berlawan pandangan dengan makhluk keding itu.
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... Hiyargh!!”
“Arghhhh!!!!!” Jeritan mula bergema diselangi dengan dua nada suara.
PRANG!
Masing-masing menelan liur. Makhluk cikeding sudah tiada tapi muncul lagi masalah baru.
“Oh my! Mug kesayangan Sai!!”
Fattah tersengih-sengih dan kakinya perlahan-lahan berundur. Satu, dua, tiga, cabut!
“Abang jangan lari!!!”
“Sorrylah sayang!!”
“Ganti balik mug Sai!!”
“Siapa suruh letak atas tu. Kan dah masuk cicak. Mujur abang ada, tau?”
“Sai suruh buang cicak bukan pecahkan mug. Abang jangan nak lari!!”
Terbuntang mata Fattah apabila melihat makhluk dalam tangan Saidatul sementera isterinya sudah tersenyum nakal sambil mengacah makhluk itu kepadanya.
“Sai, maafkan abang, Sai!! Sorry!!!”
Saidatul mengekek kecil. “Dengan kucing pun nak takut jugak ke?” Kucing gebu berwarna putih bersih itu dibawa ke dalam dakapan. Bersiapa sedia untuk mengenakan suaminya. Hehe.
* * *
Disebabkan saya rindukan geng gaduh saya, Maka trhasil cerpen kontot setelah sekian lama tak menaip cerpen. Maafkan saya atas kekurangan cerita ini.
#PenaRaddrass
No comments:
Post a Comment