Monday, October 28, 2019

Nak Baca DESTINY versi penuh??

Final chapter in DESTINY!

Assalamualaikum wbt.

Pertamanya terima kasih sudi singgah Aeyfa's Writing Studio

Posting Aeyfa kali ini berkenaan novel DESTINY iaitu kisah pertemuan jasad dan jiwa di sebuah kafe yang bernama HORROR CAFE. Tajuk asal novel ini sebenarnya HORROR CAFE dan ditukar kepada DESTINY sebab risau orang fikir ini novel hantu 😅😅

Untuk makluman, novel Destiny ini merupakan multi-genre. Korang akan jumpa keseraman, psikologi, kasih-sayang dan juga thriller. Dan..... novel DESTINY ini merupakan antara karya yang saya sayang sangat-sangat. Percubaan pertama dalam POV 1 dan juga mempelbagaikan genre.

Kalau korang baca novel ini akan jumpa sedikit kelainan dalam karya Fa yang sebelum ini.
Beli, baca, kemudian komen ^^


💕💕💕💕💕💕💕

Sebelum terlupa, sebenarnya Faa tengah buka order untuk novel DESTINY
Projek penghabisan stok lagipun stok sangat susut sekarang ini. Jujur Faa cakap, novel ini sangat best dipegang dan dibawa ke mana-mana. 

Naik train?
Naik bas?
Flight?
Kereta?
Sambil tunggu orang?
Ke kelas?

To be honest, it's too lovely to hold!


UNTUK PEMBELIAN BOLEH RUJUK POSTER DI BAWAH.

Harga: RM25 free postage!
Sebarang maklumat pembayaran boleh emel ke aeyfanasri@gmail.com
atau terus ke FB saya Aeyfa Nasri

DIINGATKAN, STOK ADALAH TERHAD!

Kurang dari 50 buah sahaja lagi.

 Whatsapp Cik Aeyfa




Monday, October 14, 2019

DESTINY -4-



AKU duduk termenung di kaunter. Menjadi seorang barista di Horror Cafe bukannya boleh merayap ke dapur atau mana-mana macam kafe lain. Louis si Tauke Kejam, risau sangat kalau pelanggan datang tapi tiada orang di kaunter. Jika diikutkan dulu pekerja kafe di sini agak ramai dan riuh. Cuma lama-kelamaan ramai yang hilangkan diri gara-gara tidak tahan dengan sikap kedekut Louis.
Selepas beberapa hari tutup, dekorasi baru kafe sangat berbeza dengan sebelumnya. Tirai putih digantikan dengan warna hitam dan sedikit warna merah. Kertas dinding juga ditukar kepada corak batu-bata merah, menambahkan lagi suasana suram dan seram. Kalau dipaksa duduk sendiri dalam kafe pun aku tidak sanggup. Mataku tiba-tiba tertancap pada satu sudut di dalam kafe. Ada tiga patung bertambah di situ. Pontianak lelaki yang hensem! Aku sengih sendiri.
Bagaimana kalau aku bercinta dengan pontianak? Macam filem Twilight. Agak-agak logik ke tidak?
Sebut pasal bercinta, mindaku melayang pada kejadian semalam. Bengang pula rasanya. Elok-elok saja beromantika cinta dengan aku, alih-alih dingin seperti selalu. Luke ada masalah mental ke? Aku memandang Louis yang sedang menghadap buku kira-kira di meja tunggal tepi tingkap.
“Kenapa kau pandang aku? Nak minta advance lah tu.
Eh, Louis ada mata seluruh kepalakah? Aku berdeham.
“Bukanlah. Masih boleh sara diri lagi buat masa sekarang. Nak tanya sikitlah.”
“Apa dia? Aku sibuk ni.”
Aku mencebik.
“Sibuk apanya, saya tengok bos senyum-senyum je hadap telefon.”
Louis mengangkat kepala dan merenung tajam ke arahku. Erk, terlepas kata.
“Maaflah bos. Saya nak tahulah, apa hubungan bos dengan Luke ya? Nampak kamceng saja macam bestfriend.
“Kau bosan ke Melody? Mana nomik? Ada producer tanya masnukrip nomik terbaru kau. Katanya dah tiga bulan tak ada progress. Kau jangan cakap yang aku tak bagi kau peluang untuk menulis. Bila waktu tak ada orang sepatutnya kau sambung menulis. Kerah idea tu. Paksa dia keluar.”
Dia tukar topik! Aku tanya pasal Luke dia pergi risik nomik aku. Nomik, perkataan ringkas untuk novel komik.
“Bukan tak mahu tapi masalahnya writer’s block. Bos apa tahu? Bos bukan menulis pun. Benda macam ni bukannya boleh main paksa-paksa.”
“Haa, menjawab! Kau tahu apa kesan menjawab? Malam ni rasanya Fad tak bertugas, mungkin kau boleh…”
Okay, stop it Louis. Melampaulah ugutan tu.”
Louis sengih sambil tangan laju menekan kalkulator. Barangkali malas melayan aku yang terlalu banyak alasan.
“Melody, sebenarnya tak ada istilah writer’s block pun untuk penulis. Kadang-kadang penulis tu sendiri yang halang otak dia dari bekerja. Ini semua gara-gara sindrom M iaitu malas. Malas nak keluarkan idea, selalu masalah penulis ni dia tersekat pada permulaan ayat je.”
Senangnya Louis berkata-kata. Tapi ada betulnya juga. Aku selalu susah nak memulakan ayat. Tapi bila dah mula, laju saja jari aku menaip. Siapa Louis ni? Tahu banyak benda pasal penulisan. Jangan-jangan…
“Bos pernah jadi editor ke sebelum ni?”
“Jangan nak pandai-pandai buat andaian. Buat kerja. Kunci kafe ada di tempat biasa. Hati-hati kerja malam ni. Kalau boleh tutup awal sikit, dalam pukul 10 macam tu dah boleh close.”
“Hah?? Bos tak adil!”
Aku lihat Fad yang sedang kutip cawan turut tergamam. Barangkali terkejut dengan perintah Louis. Selalunya jarang juga Horror Cafe beroperasi waktu malam. Kalau kena denda pun kena kemas atau bersihkan patung-patungnya hingga lewat malam. Kalaulah kamera litar tertutup itu rosak. Fad menepuk lembut bahuku.
“Hati-hati.”


“DATZZ, kau pun nak balik ke?” soalku lantas membuat muka comel. Berharap agar Datzz dapat temankan aku malam ini. Serius aku bukanlah berani mana, tapi kalau setakat menulis cerita seram boleh sangat.
Datzz ketawa. Lucu sangatkah?
“Aku kalau boleh nak temankan kau tahu tak? Risau kalau kejadian tempoh hari berlaku lagi.”
“Uish, kau jangan ungkit hal malam tu. Seram!”
“Haa, tahu pun. Malam ni aku ada kelas taekwondo. Tak pun, kau tunggu sampai kelas aku tamat kita balik sama-sama. Boleh?”
Aku mengangguk. Tidak bermaya rasanya kena kerja sendiri malam ini. Aku memandang langkah Datzz hingga hilang dari pandangan. Horror Cafe kini betul-betul sunyi. Jika ada seorang pelanggan pun aku dah bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya boleh teman aku buat kerja.
Kain lap aku capai dan segera masuk ke ruang kaunter. Peralatan membuat kopi tadi aku bersihkan. Satu kerja yang bukan senang, patutlah Louis mengeluh apabila aku meminta pembantu yang lain. Katanya, menjadi barista ini tidak semua orang mampu belajar dan mahir. Paling tidak pun ambil masa sebulan untuk latihan. Makan masa dan wang. Contohnya, aku. Lambat betul nak mahirkan diri. Kadang-kadang itu masih terkial-kial walaupun sudah tiga bulan bekerja. Sekarang sudah bertahun aku di sini. Jadi, sudah cukup pantas dan agak merugikan kalau Louis nak buang aku.
Kata Louis lagi cukuplah sekadar aku dan Fad saja jadi barista di sini. Datzz pula lagi kasihan. Seorang diri di bahagian dapur. Tapi mujurlah tidak ramai yang memesan makanan berat.
Sedang elok aku membersih peralatan membuat kopi, ada suara menerjah sayup. Suara yang berbeza dengan sebelum ini.
“Melody…”
Aku mula meremang. Perasaan takut menerkam dada.
“Melody.”
Apa semua ini? Mata aku lilaukan ke sekeliling kedai. Mungkin mereka berpakat nak kenakan aku.
“Sudahlah tu berlakon. Aku dah tahu, kau orang semua nak kenakan aku, kan? Datzz, Louis, Fad… keluarlah!”
Sunyi. Aku rasa macam nak menangis saja. Jam baru menunjukkan 8.40 malam. Masih awal. Kereta pun masih lagi aktif di atas jalan tapi hati aku rasa tidak sedap. Menggigil-gigil aku meletakkan cawan kopi di tempat asal.
“Melody!”
“Arghhhh!!!”
Pang! Cawan yang aku pegang terlepas dan pecah. Cepat-cepat aku bersembunyi di bawah meja kaunter. Loceng di pintu kedai pula berbunyi tapi aku masih teragak-agak mahu melihat. Air mata sudah mula bergenang di tubir mata. Louis kejam! Kejam! Kejam! Esok juga aku akan berhenti kerja. Tiada lagi tangguh-tangguh, aku nekad.
Bunyi derapan kaki semakin mendekat, aku tunduk dan menyembam kepala pada lutut. Tolonglah pergi. Jangan ganggu aku. Tapi kata-kata itu cuma bermain dalam hati. Pipiku pula sudah basah dengan air mata.
“Melody,” seru satu suara dengan satu sentuhan hangat pada bahu. Aku mengangkat kepala dan dengan automatik bibir menguntum senyum.
“Luke!”


AKU perasan renungan Luke malam ini agak berbeza berbanding sebelumnya. Luke duduk di ruang tengah kafe. Matanya sentiasa memerhati gerak-geri aku sementara aku pura-pura tidak pedulikan lirikan matanya. Hakikatnya aku berasa kekok sangat. Kenapa dengan Luke? Katanya saja datang nak jumpa dengan aku. Macam tak percaya!
Usai menukar uniform, aku cepat-cepat menyilang beg dan mendapatkan kunci kafe. Aku berdeham perlahan memberi tanda kepada Luke yang sedari tadi duduk di situ tanpa berganjak.
“Melody, tunggu.”
“Luke nak apa sebenarnya ni?”
“Duduk dulu. Saya ada sesuatu nak beritahu.”
Aku menjongket kening dan merenung jam di tangan, masih awal. Kalau dia mencuri masa hingga lewat malam aku akan pastikan dia teman aku sampai rumah.
“Saya janji tak akan ambil masa yang lama. Awak takut kan?”
Cis! Aku pula menurut perintah. Luke mengukir senyum. Manis. Dada aku berdenyut pantas seolah-olah memberi amaran tentang kadar gula dalam senyuman Luke.
“Cepatlah.”
Sorry.
Pardon?”
“Kejadian baru-baru ni. Pasal… date kita.”
Aku bersandar dan melarikan pandangan ke arah patung dalam kafe. Erk, seram. Kemudian aku alihkan ke arah jejari kontotku.
“Kenapa perlu main-mainkan perasaan saya? Kelmarin awak benci, semalam kata suka dan hari ni apa pula?”
“Hari ni saya pedulikan awak.”
Aku terdiam. Memang benar apa yang dia kata. Sejak tadi dia duduk di situ dan perhatikan aku. Seolah-olah sedang menemani aku. Sekejap Melody. Kau jangan mudah terpedaya boleh tak?
“Tapi, kenapa?”
Soalan aku tidak berjawab malah Luke berpaling ke arah pintu kedai. Aku turut melakukan perkara yang sama. Pokok diluar sudah bergoyang-goyang. Aku terus bangkit dan menghampiri tingkap, lalu tolak sedikit. Langit yang sedia gelap aku pandang. Suhu di luar sangat sejuk, cuaca mendung.
“Cuaca kat luar macam mana?”
“Mendung.”
Luke mendekati aku lantas menggosok lembut kepalaku. Perbuatan spontan Luke membuat aku berdebar. Kenapa Luke ni? Aku menggigit bibir.
“Jom, saya hantar awak balik sebelum hujan. Bila dah hujan nanti bahaya.”
Aku mencebik. “Apa yang bahayanya? Hujan air saja pun, bukannya batu.”
Dia senyum.
“Memanglah, tapi bila hujan mood saya jadi lain.”
“Hah?”
“Lebih baik cepat, nanti ada pula yang tak balik rumah malam ni.”
Aku menjeling sekilas. Sikap Luke tersangatlah aneh. Bercakap bukan main lemah lembut. Prihatin. Jika semalam kalau boleh mahu jadi keladi, miang! Aku membuntuti langkah panjang Luke. Tenang saja riak lelaki itu. Sesekali mata kami bertembung dan Luke melempar senyum.
“Luke… ingat tak waktu saya pengsan tempoh hari?” soalku membuka bicara ketika suasana sunyi.
“Pengsan?”
“Iya, masa hampir kena langgar.”
“Oh, itu…erk, kenapa?”
“Erm, tak ada apa. Lain kali sajalah. Bas dah sampai, saya balik dulu.”
Cepat-cepat aku meloloskan diri ke dalam bas dan serentak dengan itu hujan mula menyiram bumi. Aku lihat Luke layangkan satu ciuman lalu melambaikan tangan. Aneh. Macam mana kalau tadi bukan Luke tetapi hantu! Liur aku telan. Seram pun ada.
Entah kenapa saat ini aku mula rindukan Luke yang dulu? Luke yang selalu dingin.

DESTINY -3-


SUDAH hampir seminggu kejadian memalukan itu tapi sampai ke hari ini aku tak berani memandang muka Luke secara terus. Selepas lima hari aku terlantar demam baru semalam aku masuk kerja. Kenapalah kerap pula Luke datang kedai? Bukan saja kerap, lama pula tu. Aku seakan cacing kepanasan. Serba-serbi tidak kena. Jika dulu aku mahu Luke lama-lama di situ tapi sekarang kalau boleh aku tidak mahu Luke tunjuk muka tidak bersalah dia tu.
Bagi mengelak daripada bertembung dengan Luke, aku cuba ringankan tulang di dapur. Pinggan, cawan, gelas dan lain-lain aku sental dan menolak pekerja lain untuk ambil tugas aku. Kebetulan pula Louis tiada hari ini. Datzz yang sudah sedia maklum dengan keadaan aku hanya diam saja.
Rasanya sudah hampir dua jam aku duduk di dapur. Mungkin saja Luke dah balik. Lagipun malu masih menyerbu segenap muka. Macam manalah aku boleh pengsan dalam pelukan Luke? Sudahlah pengsan, boleh pula demam sampai lima hari. Orang lain pun terkejut juga tapi tak adalah sampai jadi macam aku.
Terjengket-jengket aku keluar dan memandang kerusi Luke yang sudah kosong.
Yes!”
“Kenapa?”
Suara itu. Alahai… dia dengar ke? Belum sempat aku larikan diri, lenganku dipaut seseorang. Aku terperanjat. Tiba-tiba lelaki itu melekapkan tangan ke dahiku. Waktu itu, aku berasa masa seolah-olah berhenti dan seakan berada dalam dunia sendiri.
“Macam mana boleh jatuh sakit?” soalnya.
Aku? Masih lagi tidak percaya dengan apa yang berlaku. Jika selalunya dia sangat susah melontar suara, kini Luke berjaya mencipta sebaris ayat tanya untuk aku.
“Aduh, sakit!”
Aku menyentuh dahi yang dijentik. Meski tidak kuat tapi jelas rasa sakitnya. Aku menjeling ke arah Luke. Masih lagi dengan riak serius dia. Tapi tak apa. Semakin lama aku semakin jatuh suka dengan Luke. Aku mengoyak sengih untuk Luke yang masih setia menanti jawapan dariku.
“Okey,” ujar Luke sepatah seraya berlalu. Beg sandang yang ditinggalkan di kerusi diambil.
“Apa maksud awak dengan okey? Tadi awak tanya saya macam mana boleh jatuh sakit. Tak nak tahu kenapa ke?”
“Sebab awak dah sihat.”
“Macam mana awak tahu? Ah… rasa mahu pengsan lagilah.” Sebaik saja aku sebut pengsan, Luke cepat-cepat berpaling dan memandang ke arahku. Langkahnya semakin mendekat. Glup! Apa ni Melody, tadi kau beria sangat pancing Luke. Sekarang takut pula.
“Awak akan pengsan bila saya peluk saja. Jadi, jangan nak pengsan lagi. Take care.
Luke menepuk kepalaku dengan lembut. Ah, kenapa dengan dia tu? Aku menjenguk keluar tingkap. Langit gelap dan cuaca mendung. Bibirku tidak semena-mena menguntum senyum.
Datzz, aku dah jatuh cinta!


HARI ini merupakan hari cuti. Kafe pun sudah tutup tiga hari. Kata Louis ada sedikit kerja ubah suai, mungkin ingin menyusun atur kembali kedudukan patung dalam kedai. Lantaklah, yang penting cuti. Sudah lama rasanya tidak bertapa di perpustakaan awam kolej negeri. Sejak bekerja sepenuh masa di Horror Cafe, aku lupakan terus niat untuk sambung belajar. Waktu kerja pun kadang-kadang tidak menentu, cuti pun kadang-kadang tak ada. Louis punya mata pula ada di mana-mana saja. Nak ponteng sekali pun susah.
Sejujurnya hidup aku penuh dengan misteri. Aku tak pasti sama ada diri sendiri mahupun orang sekeliling yang misteri. Cuma apa yang pasti, itu tugas aku untuk selesaikan semuanya.
Beberapa novel nipis tentang penyiasatan aku rembat dari atas rak. Bukan tidak mahu baca buku tebal, tapi aku malas. Lama sangat hendak habiskan buku-buku tebal. Nomik seram misteri aku sendiri pun ngam-ngam saja tebalnya.
Berdentum guruh di langit memeranjatkan aku. Lampu dalam perpustakaan tiba-tiba mati sendiri. Bergelap kami buat seketika. Ada yang menjerit nyaring pasti kerana terperanjat. Aku mengurut dada. Tidak lama kemudian, suasana kembali terang.
“Melody.”
Badanku menegak. Suara itu datang lagi. Perlahan-lahan aku menutup buku dan badan sudahpun meremang. Tak sedap hati. Belakang tengkuk aku urut lembut bagi menghilangkan rasa penat menunduk.
Aku kemudian memusingkan badan dan satu adegan yang tidak enak berlaku di depan mata. Hampir terbuntang mataku melihat pasangan tersebut. Bukan kerana drama tapi orang itu.
“Tiada bunga yang dapat tandingi kecantikan you. Tiada lesung yang bisa menggantikan lesung pipit. Burung pipit pun boleh tergamam bila melihat. You are so… comel!”
Oh, no!
Aku mengurut dada. Tiba-tiba tekak berasa mual. Betulkah apa yang aku dengar tadi? Bukan main ayat manis yang ditabur untuk perempuan sebelah dia. Si perempuan pula sudah tersipu-sipu sambil menggetel hujung rambut. Aku perhati saja pemakaian perempuan tersebut. Atas kuning, bawah pula merah jambu terang dan dipadankan dengan kasut hitam. Ditambah pula dengan cekak rambut berwarna merah bersama cermin mata besar yang bulat. Pengsan!
Cantik lagi aku. Rambut depan yang pendek aku sisir menggunakan jari supaya lebih kemas.
Tiba-tiba matanya bertembung denganku. Aku mula gugup. Debaran dalam dada semakin meningkat. Gugup punya pasal, aku menjeling sekilas. Saat dia semakin hampir ke mari, aku terus pura-pura membuka buku.
Hi, love. Seorang saja ke?” tanya Luke dengan wajah menggoda. Jaraknya dengan aku agak dekat hingga nafasnya terasa mengena pada lengan.
“Erk… Luke buat apa kat sini? Dengan siapa?”
I miss you darling. Jom keluar date.”
Aku tercengang. Sudahlah soalan aku tidak berjawab, boleh pula dia ajak aku keluar.
“Hah? Nonsense.”
Luke ketawa kecil. Rambut yang aku ikat macam ekor kuda dia usik sementara matanya tajam memandang tepat pada mataku dengan senyuman bergayut di bibir.
“Jomlah. Luke rindu sangat dengan Melody ni. Lagipun kafe tutup, Luke nak curi-curi tengok pun tak boleh. ”
Aku menjeling tajam ke arah Luke sambil cuba sembunyikan senyum. Sikapnya lain benar dengan sebelumnya. Tapi… tadi Luke cakap curi pandang. Betulkah? Rasa berbunga pula.
“Boleh.”
Yes! Memandangkan ini date pertama kita, jom pergi tengok wayang.” Luke menarik lenganku supaya mengikut rentaknya namun aku berkeras.
Love, kenapa?”
“Siapa perempuan pelangi ni? Kenapa dia nak ikut sama?”
Perempuan pelangi itu menjegil ke arahku. Tidak puas hatilah tu.
“Ops, Ruby. I minta maaf ya, sekarang ni I ada date dengan my love. See you.
Belum sempat perempuan pelangi itu membalas, Luke pantas menarik aku keluar. Sempat lagi aku hadiahkan senyuman kemenangan. Padan muka si pelangi. Luke suka akulah! Ingin saja aku jerit.


HUJAN yang turun lebat tanpa henti itu dipandang sepi. Aku mahupun Luke hanya tegak berdiri di hadapan bangunan. Masing-masing hilang kata. Luke sudah garu kepala.
Aku? Rasa mahu menangis. Macam mana nak keluar kalau hujan? Sudahlah itu masing-masing tiada kenderaan. Datang sini pun naik bas dan berjalan kaki. Aku menghentak-hentakkan kaki.
Love… Luke minta maaf.”
“Tak apalah Luke, nak buat macam mana… arghh!” Belum sempat aku menghabiskan ayat, Luke sudah menarik tanganku meredah hujan. Mujurlah hujan lebat tadi sudah bertukar renyai.
Persis filem hindustan, aku dan Luke berlari-lari anak menuju ke perhentian bas berteduhkan jaketnya. Perubahan sikap Luke benar-benar menimbulkan persoalan tapi aku suka. Kalau boleh aku mahukan Luke yang kini berbanding dulu. Tanya sepatah, maka sepatah juga yang dibalas. Apabila fikirkan Luke yang dulu, tidak semena-mena bibirku tercebik.
Sebaik saja kami tiba di situ, bas mula sampai. Cepat-cepat kami naik. Mujurlah tidak ramai, cuma ada dua tiga orang sahaja. Aku dan Luke mengambil tempat di bahagian belakang. Kami ketawa kecil. Lelah masih lagi terasa.
Luke menggosok lembut rambut depanku yang basah sementara tanganku mengusik rambutnya. Aku sengih sendiri.
“Melody nampak comel.”
Aku tersipu dengan pujian Luke. Terabai sudah segala taburan ayat manis Luke pada si pelangi tadi. Pandangan aku larikan ke luar tingkap bas. Langit menunjukkan tanda-tanda akan berhenti menangis. Cahaya juga mula terbias di sebalik awan tebal.
“Nasib baik hujan dah nak reda kan, Luke? Kalau tak mesti lecun habis pakaian kita sebelum sampai mall.
Luke diam. Apabila aku memandang dia terus menguntum senyum tapi kelihatan sedikit janggal.
“Tapi Luke lagi suka kalau hujan. Bagi Luke, hujan merupakan saat yang sesuai untuk bercinta. Rasa romantik sangat. Contohnya sekarang, Luke rasa nak bercinta saja dengan Melody. Kalau panas, Luke rasa macam terbakar dan berasap.” Selamba saja Luke menuturkannya.
Sementara muka aku sudah terasa bahang. Malu.
“Dah macam pontianak.”
“Kalau saya pontianak awak nak ke keluar date?”
Tidak sempat aku mencerna permintaan Luke, bas sudah masuk ke selekoh kecil untuk menurunkan kami. Luke segera menarik tangan aku turun. Seperti yang aku mahu, cuaca kembali panas. Mood gedik aku sudah sampai! Aku memandang Luke. Tegang saja wajahnya.
“Luke?”
Aku meraih tangannya namun ditepis laju.
“Huh. Kita buat apa di ni?”
“Tadi kan Luke ajak keluar date. Tapi kenapa Luke macam tak suka saja sekarang ni?” soalku agak perlahan. Sejujurnya lebih kepada seram.
“Mengarut. Saya nak balik.”
“Tapi, Luke…”
Date sendiri,” balas Luke sebelum berlalu menentang arus. Aku terpinga-pinga dengan situasi sebentar tadi. Kenapa cepat sangat Luke berubah?