Tuesday, March 27, 2018

Hikayat Cinta - Prolog

PROLOG


BINGIT suasana majlis konvokesyen kali ke-85. Mujurlah dia mendapat sesi pagi, tidaklah panas sangat. Adura meliarkan pandangan ke segenap tempat, mencari-cari keberadaan ibu dan ayah. Orang ramai pula semakin berasak-asak keluar dari dewan utama.
Adura sudah mula berpeluh.
Dalam masa yang sama dia berharap agar insan tersebut hadir pada hari konvokesyen mereka. Lambaian tangan dari ibu dan ayah di bawah khemah mengukir senyum pada bibir itu.
“Tak ada bunga?” tanya Adura bersama kerutan.
“Ala, buat apa bunga? Nanti layu juga,” jawab Adrian selamba.
Adura terdiam.
“Kejap, ya.”
Kakinya pantas menghampiri gerai jualan bunga. Usai membeli sejambak bunga, Adura bergegas kembali dan menyerahkan jambakan bunga buat Encik Johari dan Puan Sarah.
“Terima kasih ibu, ayah kerana banyak bersabar dengan adik.”
Puan Sarah menyambut huluran bunga dengan senyum penuh makna.
“Nurul Adura Binti Johari.”
Suara garau yang menyapa dari belakang memeranjatkan Adura dan lantas dia berpaling.
“Ya, saya. Erk… awak ni, siapa?”
Lelaki itu tersenyum manis. Perlahan-lahan dia melutut dengan sebelah kaki sebelum menghulur sejambak bunga mawar merah.
“Sudikah awak menjadi yang halal buat saya?”
“Hah?? Awak, salah orang agaknya ni.”
“Kami setuju,” jawab Encik Johari dan Puan Sarah serentak.
What??”
Siapa lelaki yang berlutut di depan dia? Kenapa ibu dan ayah laju saja setuju? Rafael, I need you now!!