Hari
pertama perang dingin…
T
|
ERGESA-gesa Fathia menyiapkan meja makan. Jam dinding dipandang sekilas.
Ahh, sekali lagi dia lambat. Fareez sudah tercegat di ruang dapur. Pandangan
tajam milik suaminya itu tidak dapat dibalas. Takut.
Fareez menarik kerusi
lantas dilabuhkan punggung. Pinggan yang sudah berisi bihun goreng ditarik dan
disuap laju ke dalam mulut. Misi perang dingin masih lagi berlangsung antara
Fathia dan Fareez. Fathia tidak pedulikan Fareez dan begitulah sebaliknya.
Namun, Fathia sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Meskipun
suaminya melancarkan perang tapi dia tetap menyediakan makan dan pakai Fareez.
Berdentum bunyi pintu
utama dibuka dan tutup. Fathia tersedar dari lamunan. Dia mencebik. Fareez
langsung tidak memberinya kesempatan untuk mencium tangan lelaki itu.
“Dia ingat aku tunggul
ke? Langsung tak pedulikan bini dia kat sebelah. Eey…” Fathia merungut sendiri.
Bihun yang digoreng itu dipandang kosong. Kenyang pula memikirkan suaminya itu.
Meow... Meow…
Fathia tersentak. “I…
itu kucing ke?” Gulp! Sesungguhnya dia benar-benar takut kucing.
Teringat pula pada awal perkenalannya dengan Fareez. Semuanya gara-gara kucing.
Fareez yang selamatkannya daripada gangguan kucing. Kedengaran seperti
menjengkelkan tapi itulah kebenarannya.
Kakinya menapak perlahan
menghampiri belakang dapur. Namun, sempat lagi Fathia mencapai penyapu bagi menyenangkannya
menghalau kucing. Dalam masa yang sama Fathia turut membawa ayam goreng bagi
mengumpan kucing degil tersebut dan…
Meow… Kucing
sudah pun bermanja-manja di kaki. “Arghh!!” jerit Fathia. Lintang-pukang larian
Fathia. Hampir semput dibuatnya.
Dadanya dipegang.
Matanya meliar ke kiri dan ke kanan. Eh? Mana pergi kucing tadi? Hilang…
Fathia ketawa kecil memandang bilik stornya yang sudah seperti tongkang pecah
gara-gara marathon dengan si kucing.
Pintu stor tersebut
ditarik dan dikunci rapat.
Hari kedua perang dingin…
GEDEBAK gedebuk!
Bunyi yang kuat datang
daripada dapur itu mendebarkan Fathia yang asyik menonton Maharaja Lawak Mega.
Jarinya digigit dan perlahan-lahan lutut dirapatkan ke dada. Telinganya cuba
mengamati betul-betul bunyi tersebut. ‘Dah tak ada.’
Buk! Bunyi itu datang
lagi. Fathia sudah tidak tahan. Dia berlari memasuki bilik kerja Fareez.
“Fareez!!”
Fareez terkejut.
Laptopnya segera ditutup. “Kau ni dah kenapa meluru masuk bilik aku, hah?”
sergah Fareez.
“Err… aaa.. ta.. tadi.”
Fareez berkerut. “Sejak
bila kau gagap?” Fathia menjeling. Perlahan-lahan nafasnya dihela. “Awak… saya
rasa macam ada orang dekat dapur. Pergilah tengok,” pujuk Fathia lembut. Namun,
sinis yang diterima daripada Fareez.
“Takut? Heh! Pergilah
tengok sendiri, aku ada banyak kerja nak buat ni. Dah pergi. Syuhh… Syuhh..!”
Fathia mengetap bibir. Terasa ingin menangis apabila suami sendiri tidak
pedulikannya.
Melihatkan Fathia yang
sudah mengangkat kaki berlalu keluar, Fareez mengeluh perlahan. Kasihan pula.
Fathia mengesat matanya
dengan hujung jari. Ada suami pun sibuk nak lancar misi perang dingin.
Gedebuk! Kali ini bunyi
itu semakin kuat. Fathia nekad. Dia menghampiri ruang dapur dengan penyapu di
tangan. Mata di pejam rapat.
“Buat apa?” terkejut
dengan teguran tersebut Fathia terus terduduk sambil menghalakan penyapu ke
depan.
“Ahhh… jangan ganggu
aku!! Jangan!”
Fareez ketawa kecil.
Isterinya memang penakut. Tangan Fathia yang menggigil memegang penyapu itu
ditarik. Fathia tersentak. Matanya terbuka luas. Hampir saja dia menjerit kuat
dengan tindakan Fareez.
Senyum. Adakah Fareez
sudah menarik balik istilah perang dingin?
Bunyi yang kuat daripada
bilik stor itu mengejutkan mereka berdua. Fareez memandang Fathia dengan
pandangan pelik. Selain bunyi barang berlaga kedengaran satu bunyi lain.
“Alamak!” bisik Fathia
perlahan. Matanya dipalingkan ke belakang.
Meow…
Fareez membuka laju
pintu stor. Terbuntang matanya melihat Si Kucing sedang mengeow di dalam bilik
stor. Pantas sekali Fareez menarik Si Kucing ke dalam pelukannya.
“Macam mana Si Kucing
ada dalam bilik ni?” tajam mata Fareez menikam mata Fathia.
“Sebenarnya, pagi
semalam… Thia… Thia…” tergagap-gagap Fathia ingin menjelaskannya.
“What?! Sudah dua
hari Si Kucing ada dalam bilik ni? Kau memang tak ada hati perut kan? Kalau tak
suka kucing sekalipun jangan sesekali dera dia macam ni. Huh.. Kita sambung
perang!”
Fathia tercengang. Hanya
disebabkan kucing dia sekali lagi ditinggalkan dalam lubuk peperangan yang
dicipta oleh suaminya sendiri. Kaki dihentak kuat ke lantai. Fareez kejam! Dia
rindukan Fareez yang dulu.
Hari ketiga perang dingin…
MOP ditangan
dipegang kuat. Si Kucing sudah pun dikurung awal-awal lagi dalam sangkar. Sakit
hatinya masih bersisa. Gara-gara terkurung Si Kucing dalam stor, Fareez tegar
sekali memarahinya. Tiba-tiba dia cemburukan Si Kucing. Si Kucing sedang
mengeow itu membuatkan hatinya kembali sakit. Fathia anggap Si Kucing sengaja
ingin naikkan api kemarahannya.
Tidak betah menghadap
kucing kesayangan suaminya itu, Fathia beralih ke arah bilik kerja Fareez. Dia
akui sudah lama tidak kemas bilik kerja suami kesayangan. Almari kaca milik suaminya ditilik lantas
bibirnya mengukir senyum.
Fathia tahu, suaminya
benar-benar sayangkan almari tu. Almari lama itu milik arwah neneknya. Ahh,
sangat nostalgia.
Eh? Kotoran yang
melekat pada cermin almari itu membuatkan Fathia geram. Kain basah diambil
lantas ditenyeh kuat. Namun, malang tidak berbau. Cermin almari kaca yang sudah
sedia retak akhirnya berderai.
Fathia terpempan.
“Matilah aku… pasti
Fareez marah lagi. Umi…” Fathia menggigit jari. Kakinya bergerak tanpa arah
tuju. Kemudian, Fathia mencangkung di depan almari kaca sambil berfikir. Tanpa
berlengah, Fathia segera keluar dan membawa masuk penyapu dan penyodok. Kaca
yang berderai dikumpul dan dimasukkan ke dalam penyodok. Dalam hatinya Fathia
sempat berdoa agar Fareez tidak perasan akan almari kacanya yang pecah.
Dia tidak sanggup jika
Fareez sekali lagi menyua hasrat untuk menyambung perang dingin dengannya.
“Suami aku suka sangat
bikin dingin diri sendiri.”
Fathia geleng kepala.
“ASSALAMUALAIKUM
sayang.” Fareez mendekati Fathia dengan senyuman di bibir. Di pejabat tadi dia
sudah tidak keruan. Perasaan bersalah kerana melancarkan perang dingin dengan
isterinya mencengkam diri. Dia bukannya tidak tahu bahawa Fathia sangat
takutkan kucing.
Lagipun, salah dia juga
kerana tidak mengurung Si kucing sebelum berangkat ke pejabat. Fathia yang
ralit menonton tv itu dipeluk erat. Fathia terkejut.
‘Suami aku dah nak
berbaik ke? Yay!’ hati Fathia bersorak.
“Eh? Bila masa
abang balik? Thia tak perasan pun.”
Pipi Fathia dicubit
manja. “Sayang ni khusyuk sangat tengok tv sampaikan abang bagi salam pun tak
perasan.”
Senyum Fathia sudah ke
telinga. Bahagianya. Fareez sudah duduk disebelah Fathia. Wajah isterinya
dipandang.
“Oh ya! Sayang dah
kemaskan bilik kerja abang? Maaflah, abang tak sempat.”
Alamak!
Melihat suaminya yang
sudah bergerak menghampiri bilik kerja, Fathia mula tidak keruan. Fareez
menarik tangan Fathia agar mengikutinya ke bilik kerja. Tiba-tiba kaki Fareez
kaku.
“Err… kenapa bang?”
“Kemas sangat! Abang
suka. Thanks, sayang.”
Fathia senyum simpul.
Kepalanya ditunduk sambil menggoyang-goyang badan. Gedik pula Fathia jadinya.
Asyik sangat melayan perasaan, Fathia tidak perasan Fareez sudah menghampiri almari
kaca milik arwah nenek mereka.
“Thia?”
Terkejut dengan
panggilan suaminya Fathia terus mengangkat kepala. Gulp! Fathia tidak
sempat menghalang langkah suaminya.
‘Tenang Thia... tenang.’
“Kenapa?” tanya Fathia
berpura-pura tidak mengerti.
“Macam mana almari ni
boleh pecah? Thia yang buat ke?” tuduh Fareez sambil memandang Fathia yang
semakin cuak.
“Err.. hish! Mana ada
Thia buat. Thia tak tahu pun almari ni dah pecah.”
“Betul?”
Eh? Kaca yang
sebesar ibu jari yang berada di tepi Fareez itu Fathia tarik menggunakan kaki.
Bimbang jika Fareez ketahui. ‘Buat masa ni kau duduk kat sini dulu, ya?’
“Betullah! Entah-entah
cermin tu memang dah tak ada. Abang aje yang tak perasan.” Fathia cuba
beralasan.
Namun, Fareez tetap
tidak berpuas hati dengan jawapan isterinya. Seolah-olah ada yang tidak kena.
Fathia seperti cuba sembunyikan sesuatu daripadanya. Komputer yang terletak di
atas meja kerjanya itu dibuka. Fathia menggaru kepala. ‘Suami aku nak buat apa
ya? Takkanlah nak siasat pakai CCTV…’
Tiba-tiba Fathia
terlopong. CCTV?! Dia terlupa bahawa bilik kerja suaminya dilengkapi dengan
video litar tertutup.
“Abang, Thia…”
“Stop Thia!” Mata
Fareez sudah merah menahan marah. Pandangannya tajam. Fathia sudah mula kecut.
Kepala menunduk memandang ke bawah. Dia tahu dia bersalah. Tapi matanya sempat
menangkap satu cecair pekat berwarna merah yang mengalir di celahan jejari
kakinya. Keningnya hampir bertaut. Erk! Darah?
“Kenapa Thia bohong,
hah? Thia pun tahu kan yang almari ni arwah nenek yang bagi. Abang tak sangka
Thia sanggup sorokkan perkara macam ni.” Fail di atas meja di tarik. Kemudian
keluarlah lipas ‘superman’ kononnya. Apa lagi, Fareez latah dek kerana
terkejut.
“Opocot mak, lipas superman!”
Fathia menggigit bibir. Suaminya langsung tak maco apabila melatah. “Ehem!”
Fareez membetulkan suara. Dia duduk sambil membelakangkan Fathia. Malu pula
denga Fathia.
“Abang…”
“Thia dengar sini
baik-baik. Abang nak…”
“Abang jangan!” larang
Fathia. Dia tidak mahu bercerai. Dia sayangkan Fareez. Matanya sudah berair. Hingus sudah hampir
meleleh. Sedih.
“Kamu ni sakan menangis
ni kenapa? Abang tetap nak sambung perang dingin. Noktah!”
Eh? Laa… Fathia
jadi termalu sendiri. Kepalanya ditunduk lagi. Tapi, kenapa kepalanya pening
sangat?
“Abang…”
“Aku dah beritahu kan
yang kita dalam proses perang?”
‘Amboi… marah sangatlah
tu sampai menggunakan aku bagai,’ rungut Fathia.
“Thia nak tanya ni.
Sejak bila pulak Thia mabuk darah ya?”
Peningnya… Fathia yang
tidak sempat berpaut pada hujung meja akhirnya rebah ke lantai.
“Apa kena mengena mabuk
darah dengan kes ni? Sudahlah Thia, keluarlah.” Sebaik saja Fareez berpaling,
Fathia sudah tidak kelihatan. Eh? Cepatnya dia keluar. Fareez bangkit
ingin mendekati pintu biliknya. Namun, belum sempat dia berbuat demikian
mata Fareez sudah terbuntang. Melihat
Fathia yang sudah terbaring kaku di sisi meja menimbulkan rasa bersalah dalam
dirinya.
“Ya Allah, Thia!” Kaki
Fathia yang tersalut cecair pekat berwarna merah yang hampir kering itu
ditilik. Perasaan bersalah semakin membuak-buak. Patutlah Fathia persoalkan
tentang darah tadi. Ya, dia akui Fathia tidak pernah mabuk darah.
Tubuh isterinya yang
terbaring itu dicempung. Dalam hati Fareez sempat berdoa agar isterinya
baik-baik saja.
‘KENAPA lama sangat ni?
Ya Allah…’ Fareez sudah tidak keruan di ruang menunggu.
“Encik ni suami Puan
Fathia ke?” tegur doktor yang baru saja keluar dari bilik rawatan. Fareez
tersentak. Entah bila masa doktor itu keluar pun dia tidak perasan.
“Ya, saya! Macam mana
keadaan isteri saya, doktor?”
“Isteri encik tak ada
apa-apa. Sekarang saya tempatkan dia ke wad biasa. Lagipun, isteri encik masih
belum sedar. Cuma…”
“Cuma apa?” Fareez cuak.
Kenapa dengan isteri aku?
WAJAH Fathia
dipandang dengan perasaan bersalah. Isterinya langsung tidak mahu berbicara
dengannya.
“Sayang? Kenapa ni…
marah abang ke?”
Fathia menjeling.
Suaminya buat-buat lupa atau apa agaknya? “Kan, abang sendiri cakap yang abang
nak teruskan perang dingin abang dengan Thia?”
Pap! Fareez
menepuk dahinya sendiri. “Ya Allah. Thia, jangan ingat lagi perkara tu boleh
tak? Abang minta maaf ya, sayang? Abang tahu abang salah. Okey, sekarang
beritahu abang apa yang terbuku dalam hati sayang. Please, tell me my dear.”
Nafas dihela panjang
sebelum menjawab soalan Fareez.
“Okey. Abang, kalau tak
nak bagi Thia kerja hari tu boleh tak abang cakap elok-elok? Kenapa siap nak
buat mogok dengan Thia. Haa, pasal Si Kucing tu. Bukan salah Thia pun. Abang tu
yang tak kurung Si Kucing sebelum pergi kerja. Abang sendiri tahu kan yang
isteri abang ni takut dengan binatang tu. One more, pasal almari tu.
Yang abang melenting tak tentu fasal tu kenapa? Bukannya cermin tu tak boleh diganti.
Lagipun dah lama Thia nak beritahu abang supaya tukar semua cermin almari tu.
Kebanyakannya memang dah retak dan sekali lagi itu bukan salah Thia,” terang
Fathia sebak. Sensitif pula.
Fareez menggaru belakang
kepalnya yang tidak gatal. “Err, maafkan abang. Insya Allah abang tak buat lagi
perang dingin tu hinggalah…”
“Hingga apa?”
Tiba-tiba Fareez teringat
akan perbualannya dengan doktor lelaki tadi.
“Cuma apa?”
“Cuma encik jangan bagi
isteri encik tertekan. Lagipun, isteri encik sedang mengandung.”
“Mengandung?”
“Ya, almost four
weeks.”
Fareez senyum sendiri.
“Abang! Termenung pulak.
Hingga apa? Cubalah cakap sampai habis.”
“Hinggalah anak kita
lahir dan besar. Abang nak umum perang dingin dengan anak abang pula. Siaplah,
kalau baby ni buat hal dengan isteri abang yang comel ni.” Fareez
mengugut sambil menyentuh lembut perut Fathia.
“Eey, tak senonohlah
abang ni. Err, abang. Thia ada benda nak beritahu abang. Tapi, janji abang
jangan marah.”
“Iya, ada apa sayang?”
“Sebenarnya… hari tu
Thia ada gosok kemeja biru gelap yang abang baru beli tu. Dan…”
“Dan…?”
“Err… baju tu dah
berlubang besar sampai boleh muat kepala abang.”
“Hah?!” Fareez terkejut
manakala Fathia sudah menikus.
“Abang… abang dah janji
tak nak marah,” rajuk Fathia.
“Tak adalah, abang tak
marah abang cuma nak ajak Thia perang dingin je.”
“Apa ni abang! Abang cakap tak nak buat
dah. Ingat… perut Thia ada baby ni.”
Fareez ketawa kecil. “Comelnya dia
mengugut abang. Abang nak ajak sayang pergi makan aiskrim. Aiskrim kan dingin?
Hehe.”
Fathia turut ketawa.
“Eey, suami Thia ni suka sangat
bikin dingin.”